dark mode light mode Search

Zoo Melaka: Harga Tiket & Tarikan Terbaru (2023)

Bagi korang yang pernah datang ke sini, pasti korang teringat suasana di Zoo Melaka yang kurang meriah di samping aktiviti yang tidak banyak. Kini, Zoo Melaka antara destinasi menarik dengan tarikan pelbagai. Jom bersiar-siar di Zoo Melaka!

Melaka antara destinasi popular dengan aktiviti dan tarikan pelbagai. Selain tempat bersejarah, Melaka terkenal sebagai port makan terbaik.

Kalau korang mencari destinasi mesra famili, wajib singgah ke Zoo Melaka yang bukan sahaja mempunyai tarikan haiwan, tapi banyak lagi. Ini antara tarikan terbaru di Zoo Melaka:

Bersiar-Siar di Zoo Melaka, Tarikan Terbaru 2023 Yang Awesome

Lokasi

Kredit @Zoo Melaka & Taman Burung via Facebook

Jika korang datang dari tol Ayer Keroh, jarak dengan zoo hanya 3 km sahaja. Kedudukan zoo terletak betul-betul berhadapan dengan McDonald’s Ayer Keroh.

Dari Kuala Lumpur, perjalanan memakan masa kira-kira 1 jam 30 minit. Tarikan berdekatan ialah Melaka Bird Park, Taman Buaya, dan Melaka Wonderland.

Waktu Operasi & Harga Tiket Masuk

Kredit @Zoo Melaka & Taman Burung via Facebook

Zoo Melaka beroperasi setiap hari bermula 10.00 pagi sehingga 5.00 petang (Isnin – Jumaat) dan 9.00 pagi sehingga 6.00 petang (Sabtu & Ahad)

Night Safari pula hanya beroperasi pada hari Jumaat & Sabtu bermula pada jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam. Namun Night Safari berkemungkinan dibatalkan jika hari hujan. Jadi, korang dinasihati untuk menghubungi pihak Zoo Melaka untuk info semasa.

Kadar tiket adalah RM38 untuk dewasa dan RM31 untuk kanak-kanak. Manakala untuk warga emas ialah RM31, OKU dewasa RM31, dan OKU kanak-kanak ialah RM26.

Kredit @Zoo Melaka & Taman Burung via Facebook

Harga tiket untuk Night Safari adalah sama seperti tiket masuk untuk sesi siang. Jadi korang boleh pilih masa yang bersesuian mengikut jadual serta kelapangan masing-masing.

Kadar tiket bagi pengunjung berkumpulan seperti golongan korporat, sekolah, dan golongan khas juga adalah berbeza. Rujuk sini untuk info lanjut.

Selain belian tiket di kaunter, korang juga boleh membeli tiket secara atas talian. Lihat sini untuk tempahan tiket.

Tarikan di Zoo Melaka

Kredit @asahmata_ via Instagram

Dianggap sebagai zoo kedua terbesar di Malaysia, Zoo Melaka mempunyai tanah seluas 54 ekar yang mempamerkan lebih 450 spesies dengan lebih daripada 1,200 spesimen burung, mamalia, ikan, reptilia dan amfibia.

Di sini, korang boleh menjumpai pelbagai jenis haiwan seperti harimau putih, singa, haiwan dari Afrika seperti zirafah dan kuda belang serta banyak lagi.

bersiar-siar di zoo melaka
Kredit @orkedsdiary via Instagram

Ada juga petting zone, aviary, primate island, reptile house, serta banyak lagi. Paling menarik dan terbaru ialah Dinosaur Encounter yang merupakan taman interaktif terbesar di Asia Tenggara dan Malaysia!

Dinosaur Encouter di Zoo Melaka mempunyai kira-kira 150 pameran dinosaur bersaiz 1:1 ataupun saiz sebenar. Tarikan dinosaur di sini menggabungkan elemen pergerakan dan bunyi untuk memberi efek seakan-akan di Jurassic Park.

Kredit @zoomelakaofficial via Instagram

Selain itu, korang boleh menikmati persembahan haiwan seperti bird show, elephant feeding, dan keeper talk. Pastikan korang tak terlepas aktiviti ini kerana tarikan-tarikan tersebut hanya akan dikendalikan pada hari serta waktu tertentu. Rujuk sini untuk info lanjut.

Menarik di Zoo Melaka ialah aktiviti Zoomanji yang eksklusif untuk pengunjung berkumpulan. Korang boleh beraktiviti secara beramai-ramai di seluruh zoo sambil menyiapkan tugasan yang diberikan.

Aktiviti di Zoo Melaka

bersiar-siar di zoo melaka
Kredit @zoomelakaofficial via Instagram

Selain berjalan-jalan sambil melihat haiwan, korang boleh bergambar sakan di sini. Pemandangan serta dekorasi yang estetik dan menarik sangat sesuai untuk posting media sosial korang.

Di Dinosaur Encounter, terdapat pusat Immersive Explorer iaitu tempat beraktiviti untuk anak-anak. Dengan harga RM10, anak-anak korang boleh mewarna dinosaur kegemaran yang akan ‘hidup’ secara 3D di skrin mengikut warna yang dibuat.

bersiar-siar di zoo melaka
Kredit @dinosaur_encounter via Instagram

VR Box iaitu permainan realiti virtual yang interaktif juga ada di sini dengan bayaran RM15. Korang akan dibawa ke alam lain sambil memakai set kepala VR dan menaiki kotak VR yang bergerak untuk pengalaman seakan-akan benar.

Berdekatan Dinosaur Encounter ialah tarikan baru iaitu Flying Monkey. Aktiviti zip line ataupun flying fox ini sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Korang akan dibantu dan dipantau oleh petugas profesional, jadi tak perlu risau tentang keselamatan. Harga pula adalah berpatutan, RM25 seorang.

Kredit @zoomelakaofficial via Instagram

Aktiviti dengan haiwan pula ada banyak di sekitar kawasan zoo seperti open aviary yang berharga RM6 dan petting zoo yang berharga RM5. Selain itu, korang boleh menunggang kuda dengan harga RM10.

Kawasan zoo ini agak luas dan besar, jadi korang boleh menaiki trem dengan harga RM6 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Selain itu, buggy persendirian juga ada ditawarkan dengan harga RM50 untuk 4 orang.

Fasiliti & Kemudahan di Zoo Melaka

Kredit @Zoo Melaka & Taman Burung via Facebook

Tempat letak kereta ada disediakan dengan bayaran RM5 sehari. Petak yang disediakan ada banyak, namun pada hujung minggu dan cuti sekolah pengunjung agak ramai. Korang perlu bijak merancang masa untuk mengelakkan kesesakan.

Kalau korang lapar, kiosk makanan serta restoran ada disediakan. Makanan ringan seperti wafel, burger, ayam gunting, dan banyak lagi ada di sini. Paling penting ialah air kosong yang wajib diminum kerana kawasan di sini agak panas.

Fasiliti lain yang disediakan ialah tandas, surau, baby changing area, stesen pertolongan cemas, kaunter lost & found, serta lokar.

Tips!

bersiar-siar di zoo melaka
Kredit @orkedsdiary via Instagram

Kawasan Zoo Negara agak besar dan lapang tanpa banyak kawasan berteduh. Korang boleh sediakan payung, topi, kain, kipas mini, dan apa-apa yang membolehkan korang untuk mengelak panas.

Stroller dan kerusi roda juga boleh dibawa, cuma terdapat beberapa kawasan dengan keadaan berbukit.

Kalau korang merancang untuk pergi Night Safari, pastikan bawa pencegah nyamuk. Kebanyakan kiosk dan kedai juga berkemungkinan tutup pada waktu ini.

Info Lanjut : https://www.zoomelaka.gov.my/

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/zoomelakaofficial/

Pautan Facebook : https://www.facebook.com/zoomelakaofficial/

Banyak perubahan serta penambahbaikan yang dilakukan di Zoo Melaka yang menarik serta awesome. Korang wajib melawat destinasi ini untuk dapatkan pengalaman outing keluarga yang bermanfaat dan seronok.

Jika korang meminati dan ingin menambah ilmu tentang haiwan, wajib bersiar-siar di Zoo Melaka dalam jelajah Travelist seterusnya.

Baca Juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *