10 Tempat Wajib Bergambar Di Kundasang, View Awesome & Menarik!
Kundasang antara destinasi percutian impian setiap orang yang sukakan keindahan alam. Suasana nyaman, cuaca sejuk, serta view yang cantik menarik ramai pelancong ke sini. Korang nak tahu spot wajib bergambar Kundasang yang cantik?
Bagi korang yang pertama kali ke sini, ini antara spot wajib bergambar Kundasang yang akan melengkapkan pengalaman serta memori indah korang di negeri di bawah bayu.
10 Tempat Wajib Bergambar Di Kundasang, View Awesome & Menarik!
1. Desa Dairy Farm

Destinasi ikonik yang kian popular dengan suasana dan pemandangan seakan-akan berada di luar negara.
Di sini, korang akan melihat pemandangan gunung dan padang rumput menghijau serta lembu-lembu yang bebas berkeliaran sedang meragut rumput. Panorama ini akan membuatkan korang terasa seperti berkunjung di set penggambaran.

Korang juga dapat melihat sendiri proses memerah dan memproses susu segar, di samping membeli barangan serta produk berasaskan susu yang dihasilkan di sini.
Destinasi ini sangat sesuai untuk anak-anak kecil berinteraksi dengan haiwan dan memberi makan anak lembu serta kambing yang ada di sini. Jangan lupa merasai makanan seperti wafel dan aiskrim segar, sambil menikmati pemandangan alam yang indah.
Waktu Operasi : Setiap Hari I 8.30 pagi – 4.00 petang
Tiket Masuk : Dewas RM5 I Kanak-Kanak RM4
Waktu Aktiviti : Memerah Susu I 3.00 petang – 5.00 petang Memproses Susu I Selasa, Khamis, dan Ahad I 10.00 pagi – 2.00 petang
Info Lanjut : https://farmbooking.desaplus.com/booking/index
Pautan Facebook : https://www.facebook.com/desadairyfarm
2. Magical Garden

Kawasan lereng bukit berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dan dihiasi spot bergambar dengan landskap menarik serta cantik.
Di Magical Garden, korang dapat mengabadikan pengalaman melancong di Sabah dengan bergambar di spot bunga-bungaan yang cantik, landskap unik, dan juga tarikan berwarna-warni.

Landskap di sini sememangnya cantik dengan laluan berjalan yang dicat berwarna-warni dan juga beberapa replika seperti piano besar, tiang seperti di Jepun, arca, mural, dan banyak lagi.
Korang juga boleh menyewa kostum yang disediakan. Pastikan korang memakai pakaian yang sesuai serta memakai topi atau membawa payung sebagai props serta untuk berlindung daripada matahari.
Waktu Operasi : Setiap Hari I 8.00 pagi – 5.00 petang
Tiket Masuk : Dewasa RM6 I Kanak-Kanak RM4
Info Lanjut : https://magical-garden-ranau.business.site/
Pautan Facebook : https://www.facebook.com/MagicalGardenRanau/
3. Culvert View

Kalau korang mahukan view daripada tempat tinggi dengan tarikan insta–worthy, korang wajib melawati Culvert View.
Destinasi bertemakan culvert ini adalah lokasi penginapan dan juga spot bergambar yang menarik. Antara tarikan di sini ialah penginapan berbentuk silinder, buaian, mural, dan paling popular Mirror In The Sky.

Kalau korang merancang untuk menginap di sini, harga bilik adalah linkungan RM169 – RM189 mengikut jenis bilik. Chalet di sini dapat memuatkan 2 dewasa dan 1 kanak-kanak.
Waktu Operasi : Setiap Hari I 9.00 pagi – 5.00 petang
Tiket Masuk : Dewasa RM10 I Kanak-Kanak RM6
Info Lanjut : https://www.facebook.com/culvertview/
4. Sosodikon Hill

Lokasi mendaki yang family-friendly dengan pemandangan Gunung Kinabalu yang mengancam.
Sosodikon Hill terletak berhampiran Desa Dairy Farm dan terkenal sebagai destinasi rekreasi dengan panorama Gunung Kinabalu serta spot untuk melihat matahari terbit dan terbenam.

Sebaik sampai ke kaki bukit Sosodikon, korang perlu mendaftarkan dan akan menerima pas pelawat untuk mengawal jumlah orang yang masuk dalam satu-satu masa.
Tiada kawasan letak kereta khas di sini dan keadaan jalan masuk adalah berbatu. Jadi korang boleh meletakkan kereta di Dream World Resort kemudian berjalan kaki.
Waktu Operasi : Setiap Hari I 6.00 pagi – 5.00 petang
Tiket Masuk : Dewasa RM5 I Kanak-Kanak RM3
Info Lanjut : http://sosodikonhill.com/
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/sosodikonhill/
5. Alpaca Club

Kalau korang penggemar haiwan comel, pasti korang akan menyukai Alpaca Club yang menampilkan alpaka berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.
Alpaca Club terletak di Jalan Cinta Mata, Kampung Mesilou, lebih kurang 200 meter dari tepi jalan simpang masuk di sebelah kanan jika anda menuju ke Desa Dairy Farm.

Di sini, korang akan diberikan maklumat tentang alpaka, menyentuh, memberi makanan dan bergambar untuk kenangan. Slot waktu melawat adalah 20 minit bagi mengelakkan kesesakan.
Jika korang nak tahu, alpaka akan meludah atau menendang apabila rasa terancam. Jadi elakkan berada di depan atau belakang alpaka ketika menghampirinya. Alpaka juga tidak suka dipegang dengan cara kasar terutamanya di bahagian telinga dan ekor.
Waktu Operasi : Setiap Hari I 9.00 pagi – 5.00 petang
Tiket Masuk : Dewasa RM15 I Kanak-Kanak RM10
Info Lanjut : https://www.facebook.com/alpacaclubsabah
6. Kundasang War Memorial

Destinasi ikonik yang dibina untuk memperingati tahanan perang ketika Perang Dunia ke-2 dengan reka bentuk taman yang elegan.
Terdapat 4 taman yang berbeza konsep iaitu Taman Inggeris, Australia, Borneo dan yang terakhir Taman Renungan. Suasana dan pemandangan di sini seakan-akan taman bunga di kota klasik Inggeris yang tenang serta nyaman.

3 taman pertama dibuat sebagai tribute kepada askar Inggeris, Australia dan juga penduduk Borneo yang membantu askar melarikan diri daripada tahanan Jepun. Taman refleksi pula adalah tempat yang mempunyai kolam sebagai simbol iktibar dan pengajaran.
Waktu Operasi : Setiap Hari I 8.30 pagi – 5.00 petang
Tiket Masuk : Dewasa & Kanak-Kanak RM4
Info Lanjut : Kundasang War Memorial
7. Kinabalu Park

Kinabalu National Park yang juga diumumkan sebagai tapak World Heritage oleh UNESCO terkenal sebagai pintu utama untuk ke puncak Gunung Kinabalu.
Terdapat pusat informasi dan juga Kinabalu Geopark Gallery bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke Kundasang untuk mendapatkan maklumat tentang ekologi di Gunung Kinabalu.

Selain menawan puncak Gunung Kinabalu, korang boleh bersiar-siar sambil belajar jenis tumbuhan yang terdapat di sini. Pondok istirehat juga ada disediakan di samping penginapan yang dilengkapi kemudahan pelbagai. Sesuai untuk korang yang datang dalam kumpulan besar.
Korang juga boleh mencuba aktiviti trekking di denai-denai yang telah ditanda bagi memudahkan navigasi. Di sepanjang denai-denai ini, terdapat pelbagai jenis serangga dan pokok unik yang spesifik di kawasan beraltitud tinggi.
Waktu Operasi : Setiap Hari I 8.00 pagi – 5.00 petang
Tiket Masuk : Dewasa RM10 I Kanak-Kanak RM5
Tiket Botanical Garden : Dewasa RM4 I Kanak-Kanak RM2
Info Lanjut : https://www.sabahparks.org.my/kinabalu-park
Pautan Facebook : https://www.facebook.com/SbhParks/
8. Maragang Hill

Spot untuk korang yang mencari pemandangan alam semula jadi dan lokasi matahari terbit yang cantik.
Perkataan maragang diambil sempena nama Lotong Merah yang hanya terdapat di kawasan Borneo. Haiwan ini sukar ditemui kerana sifatnya tidak mesra dengan manusia.

Pada asalnya trek ini dibuka untuk komuniti setempat beriadah, namun dibuka kepada umum setelah popular dengan keindahannya. Trek Maragang adalah jalan yang santai dan family-friendly.
Terdapat 2 pakej trek dan pakej camping yang boleh diambil. Paling menarik ialah view di puncak yang boleh dinikmati di dek kayu. Selain menikmati pemandangan matahari terbit, korang juga akan melihat awan karpet yang sangat indah.
Pakej Day Hike : RM115 (5 pax)
Pakej Sunrise Hike : RM155 (5 pax)
Hubungi : 017-8952753 / maraganghill.com.my
Pautan Facebook : https://www.facebook.com/MaragangHill/
9. Poring Treetop Canopy Walk

Dengan ketinggian 175 meter, korang boleh melihat pemandangan alam dan suasana habitat flora serta fauna yang magical dan penuh misteri.
Korang harus melalui trek hiking yang mudah untuk sampai di kawasan canopy walk. Jangan risau kerana trek tersebut adalah mudah. Korang akan melihat beberapa jenis pokok yang cantik bersama maklumatnya yang dilabelkan.

Di canopy walk, korang bebas untuk menerokai dan menikmati keindahan alam sekitar seperti pokok-pokok eksotik yang besar dan habitat flora dan fauna di situ.
Di sini juga terdapat tarikan lain seperti Butterfly Garden dan Poring Hot Springs yang merupakan tarikan popular di Kundasang.
Waktu Operasi : Setiap Hari I 8.00 pagi – 5.00 petang
Tiket Masuk : Dewas RM15 I Kanak-Kanak RM8
Info Lanjut : https://www.sabahparks.org.my/kinabalu-park/poring
10. BW Bus Restaurant

Restoran berkonsepkan kafe di dalam bas yang diubah suai dengan pemandangan alam semula jadi yang cantik.
Korang boleh menjamu selera sambil melihat keindahan pemandangan Gunung Kinabalu yang cantik dan tersergam indah. Menu dan harga makanan serta minuman yang ditawarkan di restoran ini juga adalah berpatutan.

Kalau korang gemar bergambar, restoran ini adalah lokasi terbaik kerana mempunyai spot bergambar yang banyak. Selain itu, dekorasi serta konsep warna biru dan putih di sini menyerlahkan lagi tarikan yang ada.
Waktu Operasi : Setiap Hari I 10.00 pagi – 8.00 malam
Info Lanjut : https://www.facebook.com/BWBusRestaurant/
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/bwbusrestaurant/
Kundasang sememangnya destinasi terbaik untuk percutian yang dekat dengan alam semula jadi. Selain suhu yang nyaman, korang pasti akan jatuh cinta dengan pemandangan di sini. Abadikan memori korang di sini, di spot wajib bergambar Kundasang. Jom masuk Travelist seterusnya!
Baca Juga :