dark mode light mode Search

6 Tempat Menarik Kuantan, Spot Baru Untuk Jalan-Jalan

Kuantan antara tempat menarik untuk diterokai. Korang akan dapat merasai pengalaman berbeza seperti suasana bandar, alam semula jadi, pantai, air terjun, dan banyak lagi. Korang tahu tak ada banyak spot jalan-jalan baru di Kuantan?

Banyak destinasi terkenal di Kuantan ini, malah menjadi spot getaway hujung minggu dan tempat persingahan untuk pengunjung yang nak ke Terengganu.

Kalau korang mencari aktiviti dan destinasi yang tak ramai orang tapi masih seronok, ini tempat-tempat yang korang boleh pergi:

6 Tempat Menarik Kuantan, Spot Baru Untuk Jalan-Jalan

1. Pahang Buddhist Association

Kredit @saitobattousai via Instagram

Tarikan baharu yang mula popular di media sosial ini menampilkan taman yang indah dengan tasik dan dikelilingi bukit yang menghijau.

Jambatan-jambatan di sini akan membuatkan korang terasa seolah-olah berada di negeri Cina dengan ukiran dan landskap yang berkonsepkan zen. Paling popular adalah deretan pokok bunga matahari yang menjadi spot viral untuk bergambar.

tempat menarik kuantan
Kredit @miss_eu88 via Instagram

Ada juga air terjun mini di sini selain kolam-kolam ikan yang korang boleh beri makan. Masuk di sini adalah percuma namun korang boleh berikan sumbangan di pintu masuk ataupun membeli palet makanan ikan.

Pro Tip! – Kalau korang datang ke sini pada waktu tengah hari, pastikan bawa payung ataupun memakai topi. Korang wajib menjaga kebersihan dan jangan merosakkan apa-apa di sini kerana lokasi ini juga adalah pusat ibadat.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 9.00 pagi – 5.00 petang

Tiket Masuk : Percuma

Info Lanjut : https://www.pahangbuddhist.my/

2. Skywalk Menara Kuantan 188

tempat menarik kuantan
Kredit @Bella Jengyee via Facebook

Kalau korang nak tahu, Menara Kuantan 188 adalah menara kedua tertinggi Malaysia yang kini menjadi mercu tanda ikonik di bandaraya Kuantan. Kalau korang nak melihat panorama Kuantan daripada ketinggian 104 meter, korang wajib mencuba Skywalk.

Korang akan dapat melihat pemandangan unik bandaraya Kuantan secara 360 darjah menerusi anjung tinjau tertutup di ketinggian 92 meter dan anjung tinjau terbuka pada ketinggian 104 meter.

Kredit @Kuantan 188 via Facebook

Bolehlah korang buat aksi terapung atau tergantung di menara ini. Daripada aspek keselamatan korang tak perlu risau kerana ada pegawai keselamatan yang akan turut serta dan korang akan diberikan taklimat sebelum berjalan mengelilingi menara ini.

Pro Tip! – Kalau korang nak melihat pemandangan dari dalam pun boleh, iaitu di dek pemerhatian. Selain itu, terdapat restoran dan muzium di dalam menara ini. Di bahagian luar pula terdapat taman permainan kanak-kanak.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 10.00 pagi – 10.00 malam Sabtu & Ahad sehingga jam 12.00 tengah malam

Tiket Masuk : Dewasa RM15 I Kanak-Kanak RM10

Bayaran Dek Pemerhatian : Rujuk Sini

Bayaran Skywalk : RM88

Info Lanjut : https://www.kuantan188.com.my/

3. Kuantan Street Art

tempat menarik kuantan
Kredit @syafikahnik718 via Instagram

Antara port wajib yang menjadi kegemaran pelancong adalah mural ataupun street art untuk bergambar selain melihat elemen kebudayaan setempat ataupun gaya hidup orang lokal dalam bentuk lukisan.

Idea pewujudan street art sepanjang 200 meter ini tercetus pada tahun 2020, dan kini menjadi destinasi ikonik Kuantan yang dinobatkan sebagai Bandaraya pada Februari 2021. Malah, Kuantan juga meraih anugerah antarabangsa iaitu Green Apple Award pada tahun 2022.

tempat menarik kuantan
Kredit @souls_ontheroad via Instagram

Mural di sini juga mengaplikasikan efek sebenar seperti menarik tali di mural kerbau, papan luncur air di mural laut, kerusi di mural kedai gunting rambut, dan banyak lagi. Pada waktu malam pula, lokasi ini kelihatan hidup dengan cahaya yang terang-benderang.

Pro Tip! – Kuantan Street Art terletak berhampiran Masjid Besar Kuantan. Korang boleh meletakkan kenderaan di kawasan ini dan berjalan ke arah mural. Ada juga kafe-kafe sepanjang jalan yang korang boleh cuba.

Waktu Operasi : Setiap Hari

Info Lanjut : https://pdtkuantan.pahang.gov.my/

4. Natural Batik Village

Kredit @travelimitless via Instagram

Kalau korang mencari aktiviti riadah yang simple dan seronok terutamanya untuk anak-anak, korang boleh singgah ke sini. Selain itu, korang juga boleh membeli-belah barangan batik yang dibuat di sini.

Estetik seni bina kayu di sini memberikan suasana rustic dengan efek klasik yang juga sesuai untuk korang bergambar.

Kredit @travelimitless via Instagram

Di bahagian dalam bangunan, korang akan lihat produk batik yang telah siap, manakala di bahagian belakang pula adalah ruang pemprosesan mencanting dan mengecap batik.

Pro Tip! – Tiada pemandu pelancong di sini yang akan menerangkan mengenai proses pembuatan batik, namun pekerja-pekerja di sini cukup ramah bercerita apabila ditanya. Terdapat gerai makan di kawasan ini yang korang boleh cuba sementara menunggu lukisan kering.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 10.00 pagi – 7.00 petang

Tiket Masuk : Percuma

Bayaran Mencanting Batik : RM10

Info Lanjut : https://www.facebook.com/naturalbatikvillage

5. Bukit Pelindung

Kredit @umams_ via Instagram

Selain tarikan di bandar, Kuantan juga terkenal dengan tarikan semula jadi dengan pemandangan memukau. Antaranya ialah trek pendakian, dan Bukit Pelindung ialah lokasi yang tidak asing buat masyarakat setempat di Kuantan.

Bukit Pelindung ini menghubungkan dua pantai popular iaitu Pantai Teluk Chempedak dan Pantai Beserah. Korang akan trekking kira-kira 40 minit untuk ke pantai dan pastikan korang mengikut petunjuk arah yang betul.

Kredit @travel_life97 via Instagram

Terdapat satu checkpoint iaitu simpang 3 yang korang akan temui. Setiap laluan akan tetap membawa korang ke puncak Menara Komunikasi. Jangan lupa bergambar di tembok oren yang menampakkan pemandangan laut terbuka.

Pro Tip! – Lokasi ke pintu masuk adalah berhadapan dengan kawasan sekolah menengah. Korang boleh meletakkan kenderaan di situ dan mulakan pendakian.

Bayaran Masuk : Percuma

Info Lanjut : https://www.forestry.gov.my/my/pahang/taman-eko-rimba-bukit-pelindung

6. Pasar Dinda

Kredit @KakiTravel via Facebook

Pasar lambak atau flea market ini mempunyai konsep yang agak unik, sesuai dengan namanya. Peniaga di Pasar Dinda ini semuanya usahawan wanita yang rata-ratanya menjual barangan pre-loved, aksesori, makanan dan minuman, serta banyak lagi.

Tema yang digunakan di sini ialah ‘Back to 90s’ dan korang akan lihat banyak barangan yang dijual menepati tema ini.

Kredit @KakiTravel via Facebook

Lokasinya yang strategik iaitu berdekatan Kuantan Street Art memudahkan orang ramai untuk singgah dan meluangkan masa di sini. Tempat bergambar pun banyak dengan lampu-lampu yang terang-benderang.

Waktu Operasi : Jumaat & Sabtu I 6.00 petang – 12.00 tengah malam

Info Lanjut : https://mbk.gov.my/portal/berita_arkib/pasar-dinda/

Banyak lagi tempat menarik di Kuantan yang korang boleh terokai. Dengan status bandaraya yang kaya dengan tarikan alam semula jadi, pasti akan ada banyak spot jalan-jalan baru Kuantan pada masa akan datang.

Kalau korang tahu tempat-tempat baru yang menarik di Kuantan, jangan lupa komen di bawah untuk rujukan Travelist nanti.

Baca Juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *