dark mode light mode Search

8 Tempat Jalan-jalan Di Johor Bahru, Best Untuk Bergambar

Johor terkenal dengan pelbagai tarikan seperti alam semula jadi, pulau, pantai, dan suasana bandar yang menarik. Kalau korang jenis orang yang suka bergambar, korang wajib lawati lokasi estetik Johor Bahru.

Banyak lokasi menarik yang korang boleh terokai di Johor Bahru, malah suasana malam di sini juga sangat mengancam dengan lampu yang terang dan berwarna-warni.

Ini destinasi jalan-jalan lokasi estetik Johor Bahru yang korang boleh lawati:

8 Tempat Jalan-jalan Di Johor Bahru, Best Untuk Bergambar

1. Country Garden Danga Bay

Kredit @ucimghfirah via Instagram

Lokasi santai dan spot jalan-jalan yang popular dalam kalangan masyarakat Johor terutamanya golongan berkeluarga kerana mempunyai tarikan yang pelbagai.

Danga Bay adalah kawasan rekreasi terbesar di Johor Bahru berkonsepkan luxury yang mempunyai outlet membeli-belah dan restoran.

johor bahru
Kredit @photoforfuturebestie via Instagram

Taman tema khas untuk kanak-kanak juga ada di sini iaitu Danga Park. Sesuai untuk korang beriadah bersama anak-anak dan bergambar sakan.

Restoran di sini rata-rata menyajikan makanan laut seperti kerang, ikan bakar, sotong goreng tepung dan sebagainya. Terdapat jugak kafe di Danga Beach Club yang menyajikan pelbagai jenis hidangan yang sedap.

Aktiviti di sini termasuk kapal cruise, rondaan selama 1 jam berharga RM 20 (Jumaat, Sabtu & Ahad saja, pada jam 8 malam). Bot kecil berharga RM 10 yang beroperasi setiap hari pada sebelah siang, dan basikal berkumpulan (2-6 tempat duduk) dengan harga RM 39 selama 45 minit.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 9.00 pagi – 8.00 malam

Info Lanjut : Country Garden Danga Bay

2. Eco Spring Labs

johor bahru
Kredit @mouthnofilter via Instagram

Destinasi penuh warna yang estetik dan syurga untuk korang yang suka bergambar.

Eco Spring Labs adalah kawasan perumahan moden dengan tarikan yang pelbagai seperti lokasi OOTD untuk bergambar, kafe, taman permainan kanak-kanak, kedai membeli-belah, dan banyak lagi.

johor bahru
Kredit @sneakersnkopi via Instagram

Konsep tarikan di sini adalah pelangi yang berwarna-warni seperti rumah bertemakan Eropah, roda Ferris, kereta api, dan banyak lagi. Kafe-kafe di sini juga menawarkan variasi makanan dan minuman yang unik serta estetik.

Paling menarik ialah kawasan taman permainan kanak-kanak yang berkonsepkan tapak ekskavasi. Dengan harga RM 30, anak-anak korang boleh bermain di kawasan berpasir dengan mesin ekskavasi mini seakan-akan berada di tapak pembinaan.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 9.00 pagi – 6.00 petang

Info Lanjut : https://tourismjohor.my/eco-spring-labs/

3. Eco Palladium

johor bahru
Kredit @adrianmohweiwoei via Instagram

Pusat beli-belah yang menggabungkan elemen bisnes dan lifestyle dengan estetik mewah berkonsepkan Eropah klasik.

Di sini, terdapat banyak restoran yang menyajikan variasi makanan lokal, global, fusion, dan banyak lagi. Selain itu, banyak juga kedai berjenama dan outlet retail & service terkemuka.

johor bahru
Kredit @iam_khaikarl via Instagram

Eco Palladium juga menerapkan elemen pendidikan dengan membuka pusat belajar untuk golongan dewasa serta kanak-kanak. Pusat kesihatan, spa, dan salon juga boleh dijumpai di sini.

Kalau korang mencari kawasan untuk bersantai sambil makan dengan suasana menarik, inilah tempatnya.

Waktu Operasi : Setiap Hari

Info Lanjut : https://ecoworld.my/ecopalladium/

4. Marina Puteri Harbour

Kredit @elin_camelia via Instagram

Jika korang menggemari kawasan laut dan mahukan estetik kapal layar yang mewah, Marina Puteri Harbour adalah spot santai dan tempat bergambar yang cantik.

Terdapat kawasan beli-belah dan kedai-kedai makan di sini selain kawasan bar. Di sini juga adalah kawasan hotel yang sangat romantis dan sesuai untuk pasangan berbulan madu.

johor bahru
Kredit @rii_park_02 via Instagram

Marina Puteri Harbour juga mempunyai pusat sukan dan spot kesihatan yang banyak seperti gim, kolam renang, padang yang luas, dan banyak lagi.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 9.00 pagi – 6.00 petang

Info Lanjut : https://www.one15marina.com/puteriharbour/

Pautan Instagram : one15marinaputeriharbour

5. Laman Mahkota Istana Bukit Serene

johor bahru
Kredit @shahiran_fauzi via Instagram

Bertempat di gerbang pintu kediaman rasmi DYMM Sultan Johor, Laman Mahkota Istana Bukit Serene adalah mercu tanda yang tersergam indah yang melambangkan Mahkota Johor.

Makhota yang berketinggian 35 meter ini dihiasi motif tradisional dan ukiran menarik. Lokasi ini juga popular dalam kalangan pengantin untuk sesi bergambar berlatarbelakangkan mercu tanda ini.

Kredit @yann_naim via Instagram

Terdapat sebuah taman dan pancuran air yang dihiasi dengan lampu berwarna-warni pada waktu malam. Di sini, korang boleh bersantai bersama famili dan rakan-rakan terutama waktu malam.

Waktu Operasi : Setiap Hari

Info Lanjut : https://www.mbjb.gov.my/en/node/1145

6. Hutan Bandar MBJB

johor bahru
Kredit @nsalwa_karim via Instagram

Hutan Bandar MBJB ialah hutan di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru yang amat sesuai untuk beriadah.

Kawasan seluas 50 ekar ini menyediakan kemudahan seperti laluan jogging, taman dengan alatan senaman, beberapa kolam ikan dan kolam renang yang sesuai untuk kanak-kanak.

johor bahru
Kredit @azidyaziz via Instagram

Ramai penduduk lokal datang ke sini untuk berjalan-jalan, makan di medan selera, dan melihat kecantikan orkid yang terdapat di Hutan Bandar MBJB ini.

Destinasi ini terkenal untuk makanan sarapan dan juadah pelbagai di medan selera. Kalau korang singgah di sini, wajib mencuba char mee, mee rebus atau lontong kering.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 7.00 pagi – 7.00 petang

Info Lanjut : Hutan Bandar MBJB

7. Putuo Village

johor bahru
Kredit @ayarusworld via Instagram

Putuo Village adalah lokasi hidden gem yang menggabungkan unsur kebudayaan, keagamaan dan rekreasi.

Berkunjung ke sini ibarat bercuti di Beijing atau Guangzhou di China kerana setiap lokasi dan sudut sangat estetik dan tenang dalam suasana hutan buluh.

Kredit @vic_nash04 via Instagram

Perkampungan seluas 43 ekar ini dibina atas tradisi unik dan kemewahan kaum Buddha daripada segi seni bina dan penceritaan bagi menarik pelancong yang inginkan keindahan dan kedamaian alam semula jadi.

Putuo Village yang kaya dengan pemandangan buluh dihiasi Dewa Guanyin di dalam kuil. Cundhi Guayin yang berada di Putuo Village juga dikatakan dewa tertinggi di Asia Tenggara.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 9.00 pagi – 6.00 petang

Tiket Masuk : RM5

Info Lanjut : https://putuovillage.com.my/

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/putuovillage/

8. Tebing Bandar Dato’ Onn

johor bahru
Kredit @encik_ude via Instagram

Destinasi baharu yang kian popular kerana mempunyai pelbagai tarikan seperti food truck, restoran, tempat makan, dan paling unik ialah khemah makan kecil.

Di sini, korang boleh meyusuri 1 km food hubs yang menawarkan aneka makanan dan minuman. Selain itu, terdapat juga vendor yang menjual baju serta barangan lifestyles.

Kredit @intan_armia via Instagram

Beriadah di sini pada waktu malam adalah lebih cantik dengan lampu-lampu terang di dalam khemah mini yang estetik.

Selain itu, korang juga boleh beraktiviti seperti menyewa basikal berkumpulan, motor elektrik, dan kereta api mini untuk kanak-kanak.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 2.30 petang – 11.30 malam

Info Lanjut : https://www.facebook.com/tebingjohor

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/tebingbdo/

Banyak tempat menarik dengan tarikan unik di Johor. Korang yang gemar bergambar pasti enjoy di lokasi estetik Johor Bahru ini.

Kalau korang dah pernah bergambar di lokasi ini, bolehlah kongsi dengan warga Travelist supaya dapat memberi inspirasi untuk pengunjung lain memasukkan Johor Bahru dalam Travelist seterusnya.

Baca Juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *