dark mode light mode Search

5 Tempat Percuma Di Genting Highlands, Menarik & Mesra Bajet

Terkenal sebagai hub hiburan dengan tarikan yang pelbagai, Genting Highlands antara spot melancong bertaraf global yang premium. Tapi korang tahu tak ada tarikan free Genting Highlands yang menarik?

Selain berhibur bersama rakan dan famili, Genting Highlands antara destinasi yang digemari oleh orang muda untuk short getaway kerana jaraknya yang tidak jauh dari Kuala Lumpur serta suhunya yang nyaman.

Kalau korang datang ke Genting Highlands untuk day-trip atau percutian bajet, ini antara tarikan free Genting Highlands yang sesuai dilawati:

5 Tempat Percuma Di Genting Highlands, Menarik & Mesra Bajet

1. Chin Swee Caves Temple

Kredit @allinary via Instagram

Lokasi ikonik yang memperlihatkan panorama sudut atas Genting Highlands. Chin Swee Caves Temple adalah tempat yang korang wajib singgah untuk bergambar.

Persekitaran damai dengan suasana santai dikelilingi alam semula jadi akan membuatkan korang tenang apabila berada di sini. Selain pemandangan bukit-bukau, korang juga boleh bergambar di beberapa tarikan menarik.

Kredit @allinary via Instagram

Antaranya, pagoda sembilan tingkat, sky terrace, arca dan mural, serta banyak lagi. Paling menarik dan unik di sini ialah kedai Starbucks pertama dalam kawasan tokong.

Korang boleh datang ke sini menaiki kereta kabel dan juga melalui jalan darat. Waktu terbaik untuk dapatkan pemandangan cantik ialah antara bulan Mac sehingga September, antara 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 9.00 pagi – 6.00 petang

Info Lanjut : https://www.chinswee.org/

2. Genting Premium Outlet

Kredit @queenchyo_82 via Instagram

Kalau korang gemar berjalan-jalan dan meminati window shopping dengan pemandangan yang cantik dan suasana yang sejuk serta nyaman, ini tempat yang sesuai untuk korang.

Genting Premium Outlet ialah pusat beli-belah terbaik di Pahang yang mempunyai lebih 150 kedai berjenama yang menawarkan barangan premium dengan harga promosi. Antaranya, Nike, Adidas, Coach, Polo Ralph Lauren, Superdry Outlet, dan banyak lagi.

Kredit @edybeckz via Instagram

Selain itu, korang juga boleh berjalan-jalan dan bergambar di lokasi-lokasi cantik berlatarbelakangkan gunung menghijau. Outlet yang ada di sini juga berkonsepkan reka bentuk yang unik dan menarik.

Barangan lain seperti lifestyle, makanan, dan barangan rumah juga boleh didapati di sini. Boleh dikatakan Genting Premium Outlet ialah destinasi all-in-one yang menarik dan wajib dikunjungi.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 10.00 pagi – 10.00 malam

Info Lanjut : https://www.premiumoutlets.com.my/

Pautan Instagram : Genting Premium Outlet

3. Mini Cameron Highlands

Kredit @hisham.hamid via Instagram

Walaupun Genting Highlands tidak terkenal sebagai hub agropelancongan seperti Cameron Highlands, namun korang masih boleh menjumpai tarikan yang serupa di sini.

Mini Cameron Highlands adalah pusat pertanian dan tarikan di Genting Highlands. Korang boleh melihat dan juga membeli barangan seperti pokok bunga, makanan, cenderamata, dan banyak lagi.

Selain itu, korang boleh berjalan-jalan dan meluangkan masa di sini sambil bergambar di spot-spot yang cantik. Terdapat juga taman orkid, restoran Korea, kafe, arca serta mural, dan kedai seafood di sini.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 9.00 pagi – 6.30 petang

Info Lanjut : https://www.gentinghighlands.info/

4. Sky Avenue

tempat menarik genting highlands percuma
Kredit @wini_photography95 via Instagram

Selain Genting Premium Outlet yang terletak di kaki Genting Highlands, korang boleh naik sehingga ke atas untuk menikmati Sky Avenue yang menawarkan pengalaman beli-belah unik.

Terdapat lebih daripada 100 kedai yang menawarkan barangan, pakaian, mainan, barangan kemas, barang keperluan harian dan macam-macam lagi.

tempat menarik genting highlands percuma
Kredit @cm.0902 via Instagram

Selain kawasan indoor, terdapat juga kawasan mall terbuka yang terletak berdekatan Awana SkyWay. Korang boleh merasai suasana nyaman outdoor dan masih berada dalam kawasan membeli-belah.

Paling terkenal di sini selain barangan harian tentulah outlet makan dan minum. Antaranya, Burger & Lobster London, restoran piza Motorio yang lengkap dengan ketuhar api kayu, Cafés Richard, Five Guys yang terkenal dengan burger dan susu kocak, serta banyak lagi.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 10.00 pagi – 10.00 malam

Info Lanjut : Sky Avenue Complex

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/skyavenue_official/

5. Sky Symphony

tempat menarik genting highlands percuma
Kredit @de_entertainment168 via Instagram

Alang-alang korang berada di Sky Avenue, jangan lepaskan peluang untuk menikmati persembahan lampu dengan grafik bergerak yang berwarna-warni dan unik.

Sky Symphony seakan-akan teater yang bercerita menggunakan lampu bergerak dengan audio yang menarik. Selain itu, korang juga akan diperkenalkan dengan maskot taman tema Genting yang comel.

tempat menarik genting highlands percuma
Kredit @worldsightseeing8 via Instagram

Pertunjukan ini berlangsung setiap dua jam selama 15 minit. Korang akan lihat 1001 lampu berbentuk bola yang tergantung di siling dan membentuk formasi yang berubah-ubah mengikut konsep cerita.

Terdapat juga skrin besar di bahagian atrium utama pusat beli-belah yang akan menayangkan maskot Genting dan juga karakter-karakter kartun sebagai penghibur mengikut rentak muzik.

Lokasi : Level 1, Sky Avenue, Genting Highlands

Info Lanjut : Sky Symphony

Walaupun Genting Highlands terkenal sebagai destinasi premium, masih ada tarikan free Genting Highlands yang boleh dinikmati. Jadi, korang boleh masukkan Genting dalam Travelist lokasi bajet seterusnya.

Baca Juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *