Asyik pergi KLCC je? Banyak lagi tempat menarik di KL yang family-friendly dan mesra poket tau!
Kuala Lumpur boleh dikatakan sebagai lokasi all-rounder yang mempunyai pelbagai elemen seperti seni bina, nature, makanan yang pelbagai, kemudahan pengangkutan awam, kawasan beli-belah dan variasi mall, serta banyak lagi.
Sehingga kini, Kuala Lumpur masih pesat membangun dengan penambahbaikan infrastruktur, bangunan pencakar langit, dan macam-macam tarikan terbaharu.
Bagi tahun 2023, banyak tempat menarik baharu yang kian popular di KL kian menjadi pilihan ramai sebagai spot getaway, jalan-jalan bersama keluarga, rakan, mahupun momen healing seorang diri.
Ini antara tempat baharu 2023 yang estetik, affordable, accessible dengan public transport (dan of course menarik!) yang korang boleh terokai di KL.
10 Spot Baru, Tempat Menarik Jalan-Jalan di KL 2023
1. Pameran Obskura XR, Pusat Sains Negara

Jangan keliru pula kerana PSN ada di dua lokasi iaitu di Kuala Lumpur dan juga di Kedah. Pameran Obskura XR adalah tarikan terbaharu yang menampilkan pengalaman immersive ke dunia realiti maya dan teknologi dengan menggabungkan elemen magik dalam sains.

Pameran ini terbahagi kepada dua seksyen iaitu Taman Digital dan Dunia Fantasi. Tak perlu risau kerana Pameran Obskura XR ini boleh dinikmati oleh semua golongan.
Ada Luncur Pelangi, Jelajah biru iaitu panorama hidupan laut 360 darjah, dan yang menarik ialah Metro Tekno di mana lukisan kenderaan yang korang lukis akan muncul di skrin secara 3D.
Seksyen Dunia Fantasi pula menampilkan Portal Poligon, game VR berkumpulan, wall climbing dengan teknologi AR (Augmented Reality), dan banyak lagi!
Waktu Operasi : Sabtu – Khamis (Tutup Jumaat) I 9.00 pagi – 5.00 petang
Harga Tiket PSN : Dewasa RM6 I Kanak-Kanak (7-12 Tahun) RM3
Harga Tiket (Pemeran Obskura XR) : Dewasa RM8 I Kanak-Kanak (4-12 Tahun) RM6
Info Lanjut : https://www.psn.gov.my/
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/pusatsainsnegara/
2. Museum of Illusions

Kalau korang mencari tempat yang menggabungkan elemen seronok, estetik, dan education, inilah tempatnya. Lokasinya yang terletak di tengah bandar raya iaitu di Bukit Bintang memudahkan pergerakan pengunjung kerana boleh dicapai menaiki pengangkutan awam seperti LRT, Monorel, dan MRT stesyen Bukit Bintang.

Tarikan di sini terbahagi kepada Illusion Room, Installations, dan Images. Paling menarik semestinya Illusion Room kerana bukan sahaja tempatnya estetik dengan cahaya berwarna-warni yang sesuai untuk bergambar, malah korang boleh lakukan aksi atau stunt yang mengelirukan orang!
Contohnya Tilted Room dan Reversed Room. Jangan lupa ber-OOTD di lokasi viral iaitu Vortex Tunnel dan Cloning Table.
Pro Tip! – Pastikan korang beli tiket melalui Klook Travel untuk harga yang lebih murah
Waktu Operasi : Setiap Hari I 10.00 pagi – 10.00 malam
Harga Tiket : Dewasa RM35 I Kanak-Kanak RM25
Info Lanjut : https://museumofillusions.my/
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/museumofillusions.kl/
3. Kwai Chai Hong

Salah satu tarikan percuma yang mengetengahkan elemen sejarah dan street art yang dibangunkan untuk menggamit serta menyelami memori Chinatown Kuala Lumpur pada era 60-an. Selain jambatan ikonik dan patung wanita di sudut kanan pintu masuk, pengusaha Kwai Chai Hong cuba untuk meraikan artis-artis visual untuk berkarya melalui mural dan installation arts yang ditukar-tukar mengikut musim perayaan di Malaysia.
Tarikan yang ditukar-tukar mengikut musim membolehkan pengunjung untuk datang berkali-kali bagi menikmati seni yang berbeza pada setiap kunjungan.

Bukan sahaja Kwai Chai Hong terkenal dengan muralnya, tetapi menyerlah dengan tona warna yang terang dan pelbagai. Selain bergambar, korang juga boleh menikmati makanan dan minuman yang dijual di kedai-kedai yang ada. Kwai Chai Hong adalah lorong belakang yang menghubungkan pintu belakang deretan kedai-kedai.
Pro Tip! – Lebih mudah untuk korang ke sini menaiki pengangkutan awam seperti LRT dan MRT stesyen Pasar Seni. Tempat letak kereta agak terhad dan jalan yang sempit menyukarkan lagi pergerakan. Banyak kafe dan restoran berdekatan kawasan ini yang korang boleh terokai hanya dengan berjalan kaki.
Waktu Operasi : Setiap Hari I 9.00 pagi – 12.00 tengah malam
Tiket Masuk : Percuma
Info Lanjut : https://www.kwaichaihong.com/
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/kwaichaihong/
4. The Godown Arts Centre

Sebuah art space yang diubah suai daripada gudang lama yang berusia lebih 100 tahun! The Godown Arts Centre ialah lokasi yang menggabungkan seni dan reka bentuk untuk kegunaan berkarya, pameran, persembahan, bengkel dan seminar, serta ruang sosial.
Konsepnya yang rustic dan industrial menyerlahkan elemen minimalis dengan pelbagai ruang yang mempunyai fungsi tersendiri. Pameran ‘Bakul’ yang memaparkan installation art bakul-bakul dari Sabah menjadi viral dan telah menarik perhatian ramai terutamanya pengunjung muda.
Tak hairanlah ramai yang datang kerana nilai estetiknya serta angle atas yang disediakan di The Godown Arts Centre untuk mendapatkan shot gambar terbaik.

Selain itu, korang boleh terokai ruang-ruang lain seperti bangunan open-air yang mempunyai taman, Air-building yang mempunyai tangga spiral untuk ke ruang seminar, workshop space yang memaparkan karya seni, dan rooftop garden yang sangat mendamaikan.
Pro Tip! – Pastikan korang lawat profil media sosial mereka untuk mengetahui update dan event semasa. Karya seni di sini bermusim dan akan ditukar. Namun, korang masih boleh enjoy suasana dan bergambar di ruang-ruang yang ada walaupun tiada acara yang sedang berlangsung.
Waktu Operasi : Setiap Hari I 12.00 tengah hari – 6.00 petang
Tiket Masuk : Percuma
Info Lanjut : https://www.thegodown.com.my/
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/thegodownkl/
5. Eslite Spectrum, The Starhill Mall

Eslite Spectrum ialah rangkaian kedai buku popular dari Taiwan. Dibuka sejak 17 Disember 2022 di The Starhill Mall, Bukit Bintang, inilah rangkaian Eslite Spectrum yang pertama di Asia Tenggara! Kedudukannya strategik di tengah-tengah bandar raya dan juga di kawasan membeli-belah.
Jenama besar ini pasti akan membuatkan korang kagum dan terpesona dengan semua yang ada di dalamnya.
Bukan sekadar kedai buku biasa, dekorasinya yang diinspirasikan daripada novel ‘Invinsible Cities’ tulisan Italo Calvino seakan-akan membawa korang ke tempat-tempat berbeza.
Ruang membaca berwarna merah dengan corak bata, ruang berinspirasikan ombak biru yang menjual pakaian, City of Eternal Day dengan ruang berkonsepkan open-space, dan banyak lagi!

Kafe juga ada tersedia untuk korang yang lapar atau dahaga. Ruangan untuk anak-anak bermain dengan permainan educational, ruang seminar, produk makanan, pakaian, dan macam-macam lagi juga ada.
Pro Tip! – Kalau korang cari hadiah comel-comel, inilah tempatnya. Ada bahagian yang jual alat-alat tulis, keperluan harian, dan lifestyle. Tempat ni boleh dikatakan sebagai one stop shop.
Waktu Operasi : Setiap Hari I 10.00 pagi – 10.00 malam
Info Lanjut : https://www.eslite.com.my/
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/eslite_my/
6. Bamboo Hills

Antara lokasi yang mula beroperasi pada tahun 2022 dan makin meningkat popular kerana suasananya yang damai dalam kemodenan bandar raya. Bamboo Hills adalah lokasi jalan-jalan yang sangat estetik dengan pemandangan yang berunsurkan nature serta mempunyai banyak restoran dan tempat lepak yang sesuai untuk semua golongan.
Antara restoran yang ada ialah Ginger, Botanica+Co, Kampai Yakinuku, Starbucks, Nok Yung, dan banyak lagi.
Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini menggemari pengalaman gastronomi dengan pemandangan Bamboo Hills yang damai serta menghijau.

Estetik di Bamboo Hills berinspirasikan negara-negara Timur seperti Jepun dan China, yang mengetengahkan elemen keseimbangan. Antara spot wajib bergambar seperti jambatan dan kolam, air terjun, serta tangga yang dipenuhi dengan pokok-pokok hijau.
Pro Tip! – Jika korang rancang untuk datang makan di sini, korang bolehlah reserve terlebih dahulu terutamanya pada hujung minggu kerana jumlah kunjungan yang ramai.
Waktu Operasi : Setiap Hari I 7.00 pagi – 12.00 tengah malam
Info Lanjut : https://www.bamboohillskl.com/
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/bamboohillskl/
7. The MINs @ KD

Petting zoo indoor dua tingkat yang juga ada kafe dan tempat untuk berehat sambil bergambar. Petting zoo di sini yang mempunyai lebih 180 spesis haiwan eksotik seperti meerkat dan musang putih, petting area yang ada kambing, pony, haiwan kecil, reptile section, butterfly zone, kolam ikan, dan banyak lagi. Kalau bawak anak-anak confirm suka!
Harga pun tak mahal, RM20 sahaja.

Kafe pun ada di sini iaitu Luck Bros Kopi yang mempunyai pelbagai makanan dan minuman. Lepas penat berjalan melihat haiwan, bolehlah berehat di sini.
Paling penting, kawasan dia luas dan mempunyai banyak meja. Bolehlah korang datang beramai-ramai satu famili ke sini.
Pro Tip! – Selain petting zoo, The MINs@KD ni juga menawarkan event space yang boleh disewa. Banyak event-event yang berlangsung di sini dan kebanyakkanya mengikut musim perayaan, jadi korang bolehlah follow page media sosial mereka untuk dapatkan update dan info terkini.
Waktu Operasi : Setiap Hari I 10.00 pagi – 9.30 malam
Tiket Masuk : RM20
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/theminsatkd/
8. Ilham Gallery

Sebuah galeri seni yang memaparkan karya moden dan kontemporari hasil pengkarya dan artis lokal.
Perkara yang menjadikan tempat ini popular dalam kalangan pengunjung adalah installation art yang mempunyai pelbagai efek seperti pencahayaan, multimedia dan digital, arca, serta banyak lagi. Masuk juga adalah percuma.
Keunikan Ilham Gallery bukan sahaja pada hasil seni yang ditukar-tukar mengikut musim, malah banyak aktiviti lain dikelolakan seperti bengkel seni, seminar, program khas, kedai cenderamata, dan banyak lagi. Sehingga 14 Mei 2023 ini, pameran Dream of the Day akan berlangsung di sini.
Bolehlah korang singgah untuk melihat dan menghayati karya seni yang ada sambil bergambar.

Pro Tip! – Ilham Gallery terletak berdekatan dengan KLCC, jadi lebih baik untuk korang datang menggunakan pengangkutan awam. Ilham Gallery terletak berdekatan stesen LRT Ampang Park.
Waktu Operasi : Selasa – Ahad (Tutup Isnin & Cuti Umum) I 11.00 pagi – 6.30 petang
Tiket Masuk : Percuma
Info Lanjut : http://www.ilhamgallery.com/
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/ilhamgallerykl/
9. KL East Park

Lokasi outdoor dengan panorama dua alam iaitu kehijauan nature dan landskap moden ibu kota. KL East Park di bawah kelolaan Sime Darby Properties secara rasminya membuka fasa pertama kepada umum bermula 18 Februari 2023.
Sehingga 31 Ogos 2023 ini, masuk adalah percuma, namun korang perlu menempah slot masa tertentu. Langkah ini adalah bagi mengelakkan kesesakan pengunjung dan memelihara alam sekitar.
Hutan berukuran 53 ekar ini mencakupi Bukit Tabur dan Permatang Kuarza Genting Klang yang menghuni lebih 300 spesis pokok, pelbagai hidupan liar, dan antara tapak pembentukan kuarza terpanjang dunia.

Pro Tip! – Trek hiking di sini adalah sepanjang 2km dan mempunyai pemandangan puncak yang estetik. Namun, pastikan korang mendaftar dahulu dan menempah slot masa.
Waktu Operasi : Setiap Hari I 7.00 pagi – 6.30 petang
Tiket Masuk : Percuma sehingga 31 Ogos 2023
Info Tempahan Slot : KL East Park
Info Lanjut : https://klepark.simedarbyproperty.com/
10. Kuala Lumpur City Gallery (KLCG)

Ramai ke sini untuk merasai cronut atau croissant donut di KLCG Confectionery & Bakery yang pernah viral di platform media sosial dahulu. Namun, ramai yang tak tahu malah tak perasan KLCG sebenarnya adalah tapak asal untuk Galeri Kuala Lumpur yang mengandungi pelbagai pameran menarik.
Di tingkat bawah, selepas korang melintasi kaunter pertanyaan, korang akan melihat pameran Kuala Lumpur berkonsepkan zaman dahulu.
Di sini, terdapat sejarah perkembangan Kuala Lumpur dan pameran seni bina lama serta gambar-gambar momen ikonik negara, pameran-pameran moden dengan cahaya neon, installation art dengan efek bunyi, dan banyak lagi.

Di tingkat atas pula, korang akan jumpa lebih banyak arca moden, ruang tayangan mengenai masa lampau, masa kini, dan masa datang Kuala Lumpur, serta banyak lagi. Setiap bahagian di sini sangat estetik dan cantik untuk bergambar.
Pro Tip! – Korang perlu menunggu lama jika ingin pergi ke bakery, namun jika korang datang ke sini untuk masuk ke galeri sahaja, korang tak perlu beratur.
Pastikan korang memberitahu kepada staf di kaunter pertanyaan di pintu masuk. Stroller dan kerusi roda kurang sesuai untuk dibawa masuk kerana untuk naik ke tingkat atas adalah bertangga.
Waktu Operasi : Setiap Hari I 9.00 pagi – 6.30 petang
Tiket Masuk : Percuma
Info Lanjut : https://www.visitselangor.com/kl-city-gallery/