dark mode light mode Search

6 Cafe Menarik Di Melaka, Port Ngopi Mesti Pergi!

Selain asam pedas, banyak lagi tau port ngopi dan tempat makan menarik di Melaka dengan view yang rare.

Melaka antara destinasi popular dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana mempunyai tarikan yang pelbagai seperti sejarah, makanan, budaya, kesenian, dan macam-macam lagi.

Selain tempat-tempat yang sedia ada popular dengan jumlah pengunjung yang ramai, banyak kedai-kedai baharu yang dibuka dengan konsep yang menarik di Melaka.

Apa kata korang mengopi di tempat makan baharu untuk merasai pengalaman berbeza apabila singgah di Melaka. Ini antara lokasi alternatif untuk korang rasai:

Port Ngopi & Tempat Makan Menarik di Melaka

1. Ngeteh Cafe

Kredit @fprismphotography via Instagram

Kafe comel yang sangat estetik ini terletak di kawasan pesisir pantai Alor Gajah. Konsep di sini lebih kepada nautical dengan tema warna putih yang menyerlahkan aksesori maritim.

Antara seleksi menu kopi yang ada ialah americano, iced latte, iced caramel latte, iced caramel macchiato, iced green tea, iced chocolate, iced vanilla dan blue sparkling.

Selain itu, makanan ringan juga ada dijual seperti brownies, cheese tart, lasagna, dan paling popular ialah nasi lemak yang dibuat oleh orang kampung di kawasan itu, dan macam-macam lagi.

Kredit @nurhaffeeyana91 via Instagram

Pro Tip! – Spot di sini sesuai untuk korang melihat sunset. Ada juga buaian dan tempat-tempat untuk korang bergambar di sini.

Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Isnin I 3.00 petang – 7.00 petang

Info Lanjut : https://ngeteh-cafe.business.site/

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/ngetehcafe.hq/

2. Rumah Makan 100 Tahun

Kredit @zam1196 via Instagram

Daripada nama kedai pun seakan-akan melawat ke zaman lampau. Di sini, korang akan merasai pengalaman yang berbeza, ala-ala kembali ke era klasik dengan gaya hidup orang kampung.

Menariknya tentang Rumah Makan 100 Tahun ini, selain konsep makan di dalam rumah Melayu lama, setiap bilik dan bahagian rumah didekorasikan berbeza-beza. Korang boleh pilih untuk makan di ruang bilik, di tengah rumah, mahupun di bawah rumah!

Kredit @pijoykanawut via Instagram

Antara makanan yang ada ialah masakan Melayu, western, dan makanan Thai. Korang wajib cuba nasi goreng kampung 100 tahun, daging salai masak lemak, dan asam pedas sotong. Menu lain juga sedap di sini, tak rugi untuk korang cuba.

Pro Tip! – Restoran ini terletak di Jalan Ujong Pasir, dan landmark yang mudah ialah Kampung Portugis. Korang akan nampak rumah kayu yang tinggi di simpang Kampung Portugis.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 4.00 petang – 11.30 malam

Pautan Menu : Rumah Makan 100 Tahun

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/rumahmakan.100tahun/

3. Cafe Markisa

Kredit @cafe.markisa via Instagram

Antara hidden gem yang korang wajib singgah apabila datang ke Melaka. Bukan sekadar tempat makan menarik dan port ngopi, korang boleh healing di sini kerana terdapat tasik dan spot-spot nature yang sangat insta-worthy.

Menarik tentang Cafe Markisa, mereka mempunyai banyak pilihan makanan serta minuman dengan konsep berbeza-beza. Paling unik ialah pizza oven kayu yang menyajikan seleksi pizza premium yang dimasak secara tradisional.

Kredit @zulfazdlie via Instagram

Selain itu, mereka juga mempunyai kafe kopi iaitu Street Barista yang juga dibina tidak jauh dari Cafe Markisa.

Pro Tip! – Korang wajib merasai jus markisa di sini. Jalan untuk ke sini dekat dengan Tasik Biru di Jasin. Jalan masuk agak berbatu-batu namun tetap selamat untuk dilalui.

Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Isnin I 11.00 pagi – 11.00 malam

Info Lanjut : 012-468 2498

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/cafe.markisa/

4. Roti Canai Dulang

Kredit @chefhalim_07 via Instagram

Terkenal dengan menu roti canai yang besar dan dihidangkan di dalam dulang, gimik menu ini sesuai untuk korang share di media sosial di samping dapat makan beramai-ramai dalam satu dulang.

Kedai yang terletak di Kampung Cerana Putih, Alor Gajah ini juga menampilkan menu kuah kari kambing yang menyengat dan pasti akan membuatkan korang kembali untuk merasainya lagi.

Kredit @chefhalim_07 via Instagram

Pro Tip! – Ada 2 saiz dulang iaitu kecil dan besar. Untuk saiz kecil, sesuai untuk 2-3 orang makan, manakala untuk saiz besar pula, sesuai untuk 4-5 orang makan.

Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Selasa I 6.00 pagi – 1.00 petang

5. Selat Avenue

Kredit @khalizakhalil_ via Instagram

Port lepak dan tempat makan baharu yang menjadi viral kerana lokasinya yang cantik dengan pilihan makanan yang pelbagai. Kalau korang buntu untuk cari tempat makan di Melaka, singgah ke Selat Avenue.

Konsep di sini bagaikan food court dengan bermacam kedai seperti Mango Float Royal, Mee Bandung Budak Muor, Suito, dan banyak lagi.

Kredit @uniorgrace via Instagram

Paling menarik ialah estetik di sini yang berwarna terang. Suasana pada waktu malam lebih cantik dengan dekorasi lampu dan air pancut di kawasan berdekatan.

Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Rabu I 6.00 petang – 12.00 malam

Info Lanjut : https://www.instagram.com/selat_avenue/

6. Tuju Cafe

Kredit @sarahadlyna via Instagram

Destinasi popular dalam kalangan orang muda kerana konsepnya yang klasik dengan barangan-barangan antik dan vintage. Selain itu, makanan dan minuman yang ditawarkan juga agak berpatutan dan sedap!

Kafe ini terletak di Kampung Jawa dan lokasinya yang klasik seakan-akan membawa korang ke kejiranan rumah kedai 80-an. Sungai Melaka juga tidak jauh dari kafe ini, korang juga boleh berjalan-jalan dan bergambar di kawasan ini yang mempunyai banyak mural.

Menu popular di sini pastinya seleksi kopi dan padang bowl iaitu nasi, daging salai, kentang bakar, dan sambal. Kalau korang mahukan makanan ringan, terdapat pastries dan dessert dijual di sini.

Kredit @kafe_tuju via Instagram

Pro Tip! – Kafe ini popular sebagai spot lepak dan ramai yang bekerja secara nomad di sini. Kalau korang memerlukan tempat dengan plag soket, ini antara alternatif untuk korang.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 12.00 tengah hari – 10.00 malam

Pautan Menu : https://kafetuju.carrd.co/

Info Lanjut : https://www.instagram.com/kafe_tuju/

Banyak lagi tempat makan menarik di Melaka dan port ngopi yang estetik. Pastikan tempat-tempat ni masuk dalam Travelist korang bila singgah ke Melaka.

Baca juga:

Comments 1
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *