dark mode light mode Search

10 Tempat Makan Best & Port Lepak di Janda Baik (2023)

tempat makan best janda baik

Tak tahu nak cari port ‘mengopi’ dan lepak-lepak santai di Janda Baik? Jom tengok senarai tempat makan best di Janda Baik ni!

Janda Baik adalah destinasi popular dalam kalangan pengembara dan pencinta alam di Malaysia.

Kawasan ini terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian aktiviti outdoor yang menjadi pilihan ramai sebagai spot weekend getaway dan bulan madu.

Selain tempat penginapan yang unik dan nyaman, korang juga boleh merasai pengalaman budaya kafe yang menarik dalam suasana nature yang hidden, aman, dan damai.

Tempat Makan Best & Port Lepak di Janda Baik (2023)

Berikut adalah senarai tempat makan best dan kafe menarik di Janda Baik :

1. The Lemuni @ Istana Lemuni

Replika istana lama Terengganu dan kawasan makan di The Lemuni
Kredit @natashaamohd via Instagram

Bukan sahaja terkenal dengan replika istana lama Terengganu dan suasana kampung yang nyaman, The Lemuni terkenal dengan makanan tradisi Melayu berkonsepkan klasik dan tradisional yang sedap.

Makan di sini adalah secara bufet untuk sarapan, manakala set untuk makan tengah hari. Antara menu menarik untuk sarapan ialah nasi lemak, bubur nasi, aneka kuih tradisional, roti canai, ubi kayu, lempeng, dan banyak lagi.

Set makan tengah hari di The Lemuni dengan konsep klasik
Kredit @misshanna____ via Instagram

Manakala set untuk tengah hari pula terdiri daripada Set Selatan dengan menu istimewa asam pedas siakap, Set Utara dengan menu istimewa kari jenahak, dan Set Pantai Timur dengan menu istimewa singgang tenggiri.

Pro Tip! – Pastikan korang reserve slot jika ingin makan di sini kerana mereka tidak menerima pelanggan walk-in. Istana Lemuni juga mempunyai ruang galeri yang estetik dan klasik. Jadi, korang bolehlah datang dengan pakaian yang sesuai.

Waktu Operasi : Jumaat – Ahad I 8.00 pagi – 5.00 petang

Bufet Sarapan : Dewasa RM35 I Kanak-Kanak RM25

Set Tengah hari : Set 2 orang RM90 I Set 4 orang RM150

Info Lanjut : The Lemuni

Tempahan : The Lemuni Cafe

2.Pineyard

Kredit @hfzism via Instagram

Lokasi viral yang mendapat perhatian ramai kerana suasananya yang damai dan tenang di samping pemandangan nature menghijau serta tempat makan menghadap kolam. Estetik di sini bertemakan cabin in the woods dengan rona earthy serta konsep open-space.

Makanan yang disajikan lebih kepada seleksi menu western seperti pasta, chicken chop, salmon steak, sup, salad, serta banyak lagi. Kalau korang mahukan makanan yang ringan, korang bolehlah memesan pastries dan light bites seperti sandwich dan fries.

tempat makan janda baik
Kredit @faris_zainol via Instagram

Pro Tip! – Kalau korang merancang untuk ke sini, pastikan korang datang awal kerana jumlah pengunjung agak ramai. Namun, servis di sini agak pantas dan cekap.

Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Selasa I 9.00 pagi – 6.00 petang

Info Lanjut : Pineyard

3. Rumah Makan Riverside

tempat makan janda baik
Kredit @RumahMakanRiverside via Facebook

Satu lagi tempat makan best di Janda Baik ini sesuai dengan namanya. Lokasi restoran ini terletak bersebelahan dengan sungai. Kawasan sekeliling pula adalah kampung yang tenang dengan pohon menghijau yang sangat damai.

Antara menu best-seller di sini ialah gulai tempoyak. Ikan-ikan yang digunakan diambil dari Sungai Pahang yang pastinya enak tanpa rasa hanyir. Selain itu, mereka juga menyajikan masak lemak udang galah, tilapia dan patin goreng, serta banyak lagi.

tempat makan janda baik
Kredit @RumahMakanRiverside via Facebook

Pro Tip! – Kedai ini telah dinaik taraf dan lebih banyak pondok makan dibina. Korang kena datang awal untuk mengelak orang ramai kerana lokasi ini semakan popular terutamanya dalam kalangan penunggang motosikal.

Waktu Operasi : Jumaat – Ahad & Cuti Sekolah I 8.00 pagi – 6.00 petang

Info Lanjut : Rumah Makan Riverside Janda Baik

4. Kafe Nusantara Daun

Kredit @Farhah Dean

Kafe yang berkonsepkan gerai atau warong yang dikelilingi pokok menghijau. Di sini, korang boleh menikmati makanan kampung seperti set nasi buluh yang merupakan menu utama dan best-selling, sup daging, ayam berempah, dan banyak lagi.

Kredit @Noor Azlan

Paling menarik, mereka ada menyediakan menu RM1 untuk makanan sarapan pagi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Kalau korang nak lepak dan mahukan makanan ringan, mereka juga menyediakan light bites seperti sweet potato fries dan banyak lagi.

Waktu Operasi : Jumaat – Selasa I 1.00 petang – 10.00 malam

Info Lanjut : Nusantara Daun Cafe

5. Kopi Ladang Restaurant

Kredit @faaiz78 via Instagram

Menariknya di sini, kopi yang dihidangkan adalah ditanam, diproses, dan dibakar sendiri. Tak hairanlah kedai ini menjadi kegemaran bukan sahaja orang lokal di Janda Baik, malah ramai yang datang dari jauh untuk merasai sendiri kopi istimewa di sini.

tempat makan janda baik
Kredit @yaniehaza via Instagram

Seleksi makanan yang dihidangkan adalah pelbagai seperti makanan western dan makanan tradisi seperti nasi lemak, lontong, roti telur goyang, nasi kerabu, dan banyak lagi.

Pro Tip! – Daripada segi tempat makan di sini agak luas, banyak, dan selesa. Ada juga tempat duduk di bahagian atas jika korang inginkan estetik dan suasana yang lebih cantik. Lokasi ini agak popular dalam kalangan cycler, jadi pastikan korang rancang perjalanan elok-elok.

Waktu Operasi : Khamis – Isnin I 8.00 pagi – 6.30 petang

Info Lanjut : https://www.instagram.com/kopiladang/

6. Pinto Coffee+

tempat makan janda baik
Kredit @iamnazirul via Instagram

Sama seperti Kopi Ladang Restaurant, Pinto Coffee+ menyajikan minuman daripada kopi yang ditanam sendiri di Banjaran Titiwangsa. Produk yang ditanam, dituai, dan dibakar sendiri ini dipanggil Banjaran Origin yang merupakan kopi Arabica berkualiti tinggi.

Boleh dikatakan lokasi ini adalah satu hidden gem di Janda Baik. Selain menikmati pelbagai makanan dan minuman di sini, korang pasti akan terpegun dengan estetik sekeliling yang berkonsepkan rustic dan nature. Sesuai untuk korang bergambar di setiap sudut.

tempat makan janda baik
Kredit @ppennny_ via Instagram

Pro Tip! – Untuk mengetahui update terkini mengenai makanan, waktu operasi, serta event di sini, korang bolehlah ikuti Pinto Coffee+ di laman media sosial mereka. Korang akan lebih hargai kafe ini kalau korang baca latar belakang mereka di website.

Waktu Operasi : Selasa – Ahad (Tutup Isnin) I 10.00 pagi – 6.00 petang

Info Lanjut : https://www.pintocoffee.com/

7. Benefigs Garden Cafe

tempat makan janda baik
Kredit @BenefigsGardenCafe via Facebook

Kafe baharu yang menampilkan buah tin dalam beberapa seleksi menu mereka. Benefig Garden Cafe berkonsepkan kafe dalam taman dengan suasana damai dan tenang serta dikelilingi pohon menghijau.

Menariknya di sini ialah menu seperti nasi lemak sambal buah tin, mantou dan kuah kari, sandwich, keropok lekor, aneka desserts, dan banyak lagi. Korang juga boleh dapatkan buah tin segar yang dipetik sendiri.

tempat makan janda baik
Kredit @BenefigsGardenCafe via Facebook

Pro Tip! – Lokasi kedai ini adalah di kawasan lapang dan taman yang indah. Korang bolehlah padankan dengan baju yang sesuai untuk bergambar. Korang juga boleh ikuti laman media sosial mereka untuk update terkini.

Waktu Operasi : Sabtu & Ahad I 8.30 pagi – 3.00 petang

Info Lanjut : Benefigs Garden Cafe

8. D’ Chemperoh Corner

tempat makan janda baik
Kredit @ShahisIdzman

Warong tradisional berkonsepkan kampung dengan seleksi menu pelbagai. Antaranya sarapan pagi, makan tengah hari, dan malam. Paling popular adalah menu nan cheese dan ayam tandoori yang menjadi kegemaran orang ramai.

Kredit @JabaruddinJaafar via Facebook

Menariknya, lokasi kedai ini terletak bersebelahan dengan sungai dan dikelilingi pohon merimbun. Suasananya yang agak tenang dan nyaman untuk korang menikmati momen healing sambil bersantai.

Pro Tip! – Warong ini dibuka dari pagi sehingga malam. Kalau korang mencari port lepak dan mengopi yang menyajikan makanan ringan dengan view yang cantik, inilah tempatnya.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 7.00 pagi – 10.30 malam

Info Lanjut : D’Chemperoh Corner

9. Nero Bianco Deli

Kredit @sarahamirudin via Instagram

Restoran yang menyajikan seleksi menu western ini diilhamkan daripada pemiliknya yang gemar mengembara. Nero Bianco bermaksud hitam dan putih dalam bahasa Latin, yang juga memberikan simbol warna bendera Pahang.

Kedai yang berkonsepkan industrial ini juga menggunakan rona hitam dan putih sebagai konsep dan estetiknya. Antara menu yang ada ialah chicken chop, fish and chips, lamb chop, steak, dan banyak lagi.

Kredit @sarahamirudin via Instagram

Pro Tip! – Selain menjalankan bisnes makan dan minum, mereka juga mempunyai campsite dan archery di kawasan berdekatan.

Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Isnin I 11.00 pagi – 11.00 malam

Info Lanjut : https://www.facebook.com/nerobiancodeli/

10. Figgy’s Cafe

Kredit @yusupjktm via Instagram

Kalau korang mencari tempat yang menghidangkan variasi menu seperti lokal, western, dessert, dan banyak lagi, Figgy’s Cafe adalah destinasi yang terbaik di sini.

Konsep minimalis dan open air memberikan efek estetik yang unik, dipadankan dengan presentation makanan serta minuman yang menarik. Antara menu istimewa di sini ialah steak, burger, dan pasta, selain seleksi menu oriental seperti aneka nasi goreng, sup, masak lemak, dan banyak lagi.

Kredit @yaniehaza via Instagram

Pro Tip! – Selain tempat makan, ada juga ladang buah tin berdekatan yang korang boleh masuk untuk lihat dan bergambar. Korang wajib try teh tarik buah tin dan fig cheese cake!

Waktu Operasi : Selasa – Jumaat I 3.00 petang – 11.00 malam

Sabtu – Ahad I 11.30 pagi – 11.00 malam

Info Lanjut : https://www.instagram.com/figgyscafeofficial/

Baca juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *