dark mode light mode Search

8 Tempat Makan Best Kota Bharu Untuk ‘Food Hunter’

SENARAI TEMPAT MAKAN MENARIK DI KOTA BHARU (2023)

Kelantan bukan sahaja terkenal dengan nilai budaya dan tradisi yang kaya, malah negeri ini popular dengan tarikan gastronomi yang sedap. Korang nak tahu lokasi food hunting di Kelantan yang best?

Banyak tempat makan terutama warung-warung yang menyajikan makanan autentik Kelantan. Malah, kafe-kafe unik juga kian rancak bertumbuh di sini.

Kalau korang singgah ke sini atau merancang untuk bercuti di Kota Bharu, ini lokasi tempat makan menarik untuk food hunting yang korang boleh cuba:

Food Hunting di Kelantan, Tempat Makan Best Kota Bharu

1. Kopitiam Kita

Kredit @ikennylaw via Instagram

Kedai makan yang bukan hanya terkenal dengan makanan, malah memaparkan konsep kesatuan antara masyarakat.

Kopitiam Kita menawarkan seleksi menu yang pelbagai seperti nasi air dingin, nasi kak wok, nasi tumpang, dan paling popular serta ikonik ialah roti titab. Selain itu, ada juga nasi lemak, dan aneka kuih-muih.

tempat makan kota bharu
Kredit @ikennylaw via Instagram

Jumlah pengunjung agak ramai terutamanya pada musim cuti, namun konsep layan diri memudahkan dan mempercepatkan servis makan dan minum di sini.

Pastikan korang datang awal ke sini kerana pengunjung agak ramai dan tapak letak kereta juga adalah terhad.

Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Rabu I 6.00 pagi – 2.00 petang

Lokasi : Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu

Info Lanjut : https://www.facebook.com/KopitiamKitaRotiTitab/

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/kopitiamkita2010/

2. Warung Acu Tera

tempat makan kota bharu
Kredit @swee.k.guan via Instagram

Destinasi popular dengan menu aneka seafood celup tepung yang segar dan rangup.

Warung Acu Tera terletak bersebelahan Pantai Sabak dan memaparkan pemandangan yang cantik. Sambil makan, korang boleh menikmati suasana nyaman dengan panorama laut.

Kredit @kakmoks_kitchen via Instagram

Selain itu, kedai ini juga menawarkan Set Shellout yang sedap dan berbaloi. Namun menu ini terhad bermula 8.00 malam hingga 11.00 malam.

Kalau korang merancang untuk ke sini, pastikan korang datang awal kerana pengunjung di sini agak ramai dan tempat letak kereta adalah terhad.

Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Rabu I 3.00 petang – 10.00 malam

Lokasi : Jln Pantai Sabak, 16100 Kota Bharu

Info Lanjut : Kedai Acu Tera

3. Drum & Desk

tempat makan kota bharu
Kredit @noraidaazmir via Instagram

Kafe yang menyajikan makanan Western, pastries dan pencuci mulut yang enak dalam suasana tenang dan damai.

Drum & Desk Cafe mula beroperasi sekitar Julai 2018 dengan konsep moden dan minimalis. Selain itu, kafe ini juga sesuai untuk korang yang bekerja secara nomad kerana terdapat ruang khas untuk bekerja dengan harga berpatutan.

tempat makan kota bharu
Kredit @safrasanusi via Instagram

Seleksi menu yang ditawarkan seperti aneka pasta, sandwich, salad bowl, dan paling popular ialah souffle pancake dan waffle. Pilihan kopi di sini juga banyak dan unik seperti Nitro Beng.

Drum & Desk sesuai untuk korang yang suka bergambar kerana dekorasi serta suasananya yang estetik. Selain itu, terdapat juga ruangan makan outdoor yang berkonsepkan taman.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 10.00 pagi – 7.00 petang

Lokasi : 2055, Lorong Taman Sari 2, Taman Sari, 15200 Kota Bharu

Info Lanjut : https://www.facebook.com/drumanddesk

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/drumanddesk/

4. Cece Station

Kredit @cecestation1 via Instagram

Selain makanan Western, korang juga boleh menjumpai masakan daripada latar belakang berbeza seperti masakan Cina di Cece Station.

Di sini, korang akan disajikan masakan Western & Chinese halal yang menggunakan ramuan dan teknik autentik daripada China.

tempat makan kota bharu
Kredit @kulinerkelantan via Instagram

Antara seleksi menu yang disajikan ialah Pan Mi, Lau Su Fen, Hor Fan, Mi Kolo, Mi Hailam, dan banyak lagi.

Waktu Operasi : Ahad – Khamis I 12.30 petang – 9.30 malam

Lokasi : 1289 wisma dataran fajar, Jln Pengkalan Chepa, 15300 Kota Bharu

Info Lanjut : https://www.facebook.com/Cecestation/

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/cecestation/

5. BĀO BĀO

tempat makan kota bharu
Kredit @ayizahari via Instagram

Antara kafe hidden gem yang ada di Kelantan ialah Bao Bao yang menyajikan menu Western dengan estetik dekorasi klasik.

Seleksi menu yang ditawarkan ialah pasta, burger, snek, makanan berat, dan banyak lagi. Menu yang wajib dicuba ialah Flame Grilled Beef Burger, Salted Egg Yolk Pasta, Smoked Duck Aglio Olio dan Crispy Chicken.

Kredit @faziniaamily via Instagram

Suasana di sini amat tenang dengan persekitaran yang nostalgik. Korang boleh bergambar di segenap ruang yang bertemakan rumah Cina dengan barangan antik.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 10.30 pagi – 10.00 malam

Lokasi : 271, Jalan Dusun Muda, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu

Info Lanjut : https://www.facebook.com/baos.my/

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/baos.my/

6. KB Patin Haus

tempat makan kota bharu
Kredit @kulinerkelantan via Instagram

Di Kelantan juga korang dapat merasai masakan istimewa yang terkenal di negeri lain seperti KB Patin Haus yang menyajikan gulai tempoyak.

KB Patin Haus adalah restoran makan tengah hari yang menawarkan seleksi menu yang banyak seperti ikan bakar, sotong bakar, aneka sayur dan ulam, gulai kawah, dan banyak lagi.

Kredit @kulinerkelantan via Instagram

Kedai yang berkonsepkan medan selera ini amat popular dalam kalangan masyarakat lokal. Kawasannya yang besar dengan akses tempat letak kereta yang banyak kerana terletak berhadapan AEON Mall KB, menjadikan KB Patin Haus restoran pilihan penduduk setempat.

Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Jumaat I 11.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi : Berhadapan Gate 3 aoen Mall, 15100 Kota Bharu

Info Lanjut : KB Patin Haus

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/kb_patinhaus/

7. Barat Bistro

Kredit @baratbistro via Instagram

Kalau korang mempunyai craving untuk makanan autentik Western dengan harga yang berpatutan, Barat Bistro adalah tempat terbaik.

Seleksi makanan yang ditawarkan adalah seperti Chicken Roulade, Spicy Creamy Pasta, Wraps, Cheese Burger, dan banyak lagi.

Kredit @kulinerkelantan via Instagram

Rata-rata pelanggan yang pernah ke sini memberikan review 5 bintang untuk servis dan juga makanan. Rupa hidangan pula sangat estetik dan sesuai untuk korang muat naik di media sosial.

Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Rabu I 3.00 petang – 11.00 malam

Lokasi : 5507, Jalan Sri Maharaja, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/baratbistro/

8. Nasi Kandar Namee

Kredit @Resepi Namee via Facebook

Korang masih boleh mendapatkan nasi kandar yang sedap walaupun berada di Pantai Timur.

Nasi Kandar Namee yang terletak di Mentari Kopitiam ini terkenal dengan rasa nasi kandar utara yang penuh perisa. Harganya pula amat berpatutan.

Kredit @nasikandarnamee via Instagram

Antara kombo lauk yang disyorkan ialah kari kambing, kari daging, ayam goreng dan bergedil bersama cili hijau dan telur masin berserta kuah campur.

Menu lain juga terdapat di sini seperti telur sotong, kari telur ikan, ‘lamb shank’ dan banyak lagi.

Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Jumaat I 12.00 tengah hari – 5.00 petang

Lokasi : Mentari Kopitiam, Lot 355 & 357, Seksyen 24, Jalan Pasir Putih, KB

Info Lanjut : Nasi Kandar Namee

Kelantan memang terkenal sebagai syurga makanan yang menarik. Selain destinasi pelancongan dan tempat membeli-belah, korang wajib food hunting di Kelantan.

Kalau korang foodie sejati, wajib masukkan Kelantan dalam Travelist seterusnya.

Baca Juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *