Kampung Agong terkenal sebagai destinasi riadah yang popular terutamanya untuk aktiviti bergambar. Namun, ramai yang tidak tahu tarikan Unik Kampung Agong selain berfoto yang unik serta menarik.
Malah, sejarah penubuhan tempat ini sebagai pusat pelancongan bukanlah baharu. Sejak 1942 lagi, Kampung Agong telah pun dikenali sebagai tarikan agropelancongan dengan tarikan alam semula jadi.
Kebiasaannya, pengunjung akan singgah hanya untuk bergambar dan menikmati suasana serta pemandangan. Ini antara aktiviti unik yang korang boleh terokai di Kampung Agong:
Tarikan Unik Kampung Agong, ‘Taman Tema’ Tradisional di Penang
Lokasi

Lokasi Kampung Agong terletak di Penaga iaitu di kawasan tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai. Perjalanan hanya memakan masa 20 minit dari Kepala Batas selepas susur keluar dari Plaza Tol Bertam.
Jika korang datang dari Georgetown, iaitu kawasan pulau, korang perlu menyeberang jambatan Pulau Pinang terlebih dahulu. Masa yang diambil untuk ke sini ialah 45 minit – 60 minit.

jika korang tak mempunyai pengangkutan sendiri, korang boleh menggunakan pengangkutan awam iaitu feri dari Georgetown ke Penang Sentral (Butterworth).
Dari Penang Sentral korang boleh menaiki bas Rapid Penang ke Kuala Muda, kemudian turun di Bakar Kapur atau maklumkan kepada pemandu bas untuk turun di Kampung Agong.
Lokasi : Kampung Agong, 841, Kampung Bakar Kapor, 13100 Penaga, Pulau Pinang
Info Lanjut : https://kampungagong.com/map/
Harga Tiket

Kadar tiket masuk ialah RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Kadar meletakkan kenderaan pula ialah RM3.
Di sini, korang boleh menikmati fasiliti dan tarikan seperti hammock, menyewa pakaian tradisional, berkhemah, ladang ayam mini, bermain permainan tradisional, tram tour, menunggang kuda, dan banyak lagi.
Spot Bergambar di Kampung Agong
Kampung Agong mula popular pada 2019 dengan konsep pemandangan kampung dan suasana alam semula jadi seperti ladang kelapa serta sawah padi. Estetik utama di sini ialah tarikan unik serta berwarni-warni berlatarbelakangkan panorama nature yang terbentang luas.
Pada musim tertentu pula, korang boleh merasai pengalaman memetik buah, bermain layang-layang, bergambar di jerami gulung, dan belajar menuai padi secara tradisional.

Kampung Agong terbahagi kepada 3 taman. Taman 1 adalah di bahagian depan selepas pintu pembayaran tiket. Taman 2 adalah bahagian kebun buah, dan Taman 3 adalah bahagian belakang yang mempunyai tarikan seperti homestay, stesyen trem, serta lokasi yang dipenuhi props bergambar.
Wajib untuk korang bergambar apabila berkunjung ke sini. Digelar Taman Tema Tradisional, Kampung Agong menawarkan tarikan unik serta menarik yang berkonsepkan kampung serta elemen permainan tradisional nostalgik. Pasti akan menggamit memori ramai pengunjung!

Antara spot bergambar popular yang estetik ialah arca sarang burung, jongkang-jongket batang kelapa, replika rumah kayu tradisional, stairs to heaven, kerusi gantung, replika piano, buaian menghadap sawah padi, kolam ikan, rumah pokok, dan banyak lagi.
Keluasan Kampung Agong yang korang boleh terokai ialah 15 ekar. Korang boleh memilih untuk berjalan kaki ataupun menaiki basikal sewa dengan kadar RM10 – RM40 mengikut jenis basikal. Spot bergambar ada di ketiga-tiga bahagian taman.

Selepas penat bergambar, korang boleh berehat sambil makan dan minum di kafe yang terletak di Taman 1. Antara menu yang ditawarkan ialah Nasi Lemak, Laksa, Bihun Sup, aneka kuih, air kelapa, coconut shake, dan banyak lagi.
Info Lanjut Aktiviti : https://kampungagong.com/activity/
Menu Makanan & Minuman : https://kampungagong.com/menu/
Pakej Menarik di Kampung Agong

Selain berbasikal dan menaiki trem, korang juga boleh menunggang kuda. Pakej berharga RM80 ini membolehkan korang untuk menunggang dan berinteraski dengan kuda-kuda yang ada selama sejam yang dipantau oleh joki profesional.
Tahukah korang, tempat ini juga adalah lokasi terkenal untuk penganjuran acara seperti penggambaran perkahwinan, explore race, majlis keramaian, majlis korporat, dan banyak lagi. Korang boleh berurusan dengan bahagian pengurusan acara untuk info lanjut.

Pakej penginapan juga ada disediakan untuk korang merasai pengalaman hidup di kampung yang autentik. Menariknya, pakej penginapan adalah bersekali dengan tiket masuk, sarapan, dan BBQ untuk korang yang berkhemah.
Penginapan di Kampung Agong

Kampung Agong menawarkan penginapan homestay dan juga tapak berkhemah dengan harga berpatutan. Ini antara pilihan penginapan dengan rate untuk satu malam:
- Terkukur (4 pax) – Isnin – Khamis RM258 I Jumaat – Ahad RM288
- Merbok (4 pax) – Isnin – Khamis RM258 I Jumaat – Ahad RM288
- Murai (6 pax) – Isnin – Khamis RM328 I Jumaat – Ahad RM358
- Tempua (8 pax) – Isnin – Khamis RM358 I Jumaat – Ahad RM388
- Sunrise (4 pax) – Isnin – Khamis RM888 I Jumaat – Ahad RM1080
- Rate Camping – Dewasa RM20 I Kanak-Kanak RM 15
- Sewa Tapak Camping – RM30
- Sewa Tapak Camping & Khemah – RM50

Setiap jenis penginapan mempunyai tarikan menarik tertentu seperti Terkukur yang terletak di kawasan tinggi dan Sunrise yang terletak di lokasi terbaik untuk melihat momen matahari terbit serta mempunyai jakuzi.
Semua homestay di sini mempunyai balkoni dengan pemandangan luar yang mengancam. Kelengkapan seperti dapur, alat memasak, seterika, pemanas air di bilik mandi, dan banyak lagi ada disediakan.
Info Penginapan : https://kampungagong.com/homestay/
Info Tempahan Penginapan : https://kampungagong.com/booking/
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/kampungagong/
Kampung Agong sememangnya lokasi yang wajib dilawati apabila korang bercuti di Pulau Pinang. Jika korang belum sampai ke sini dan sering melihat keindahan serta keunikan tempat ini di media sosial atau pun mana-mana medium, itu petanda untuk korang masukkan lokasi ini ke dalam Travelist dan merasai sendiri tarikan unik Kampung Agong.
Baca Juga: