7 Hotel / Chalet Di Pulau Tioman, Dengan View ‘Nature’ Terbaik
Banyak seleksi pulau yang terkenal dengan pemandangan mengancam di Malaysia dan antara pulau dengan view terbaik ialah Pulau Tioman. Destinasi ini pernah dinobatkan antara 10 buah pulau tercantik di dunia oleh majalah TIME.
Selain suasana dan persekitaran yang cantik, penginapan di Pulau Tioman juga menawarkan pengalaman menarik dengan panorama indah.
Kalau korang melancong untuk menikmati servis dan pemandangan yang berbaloi di tempat penginapan, ini senarai hotel dan resort dengan view terbaik Pulau Tioman:
7 Hotel / Chalet Di Pulau Tioman, Dengan ‘Nature View’ Terbaik
1. Swiss Cottage Tioman

Penginapan berkonsepkan kampung dengan elemen klasik dan tradisional. Kalau korang sukakan estetik rumah kayu, pemandangan terus ke laut, dan dikelilingi alam semula jadi, ini tempat yang sesuai.
Swiss Cottage Tioman menawarkan penginapan yang dapat memuatkan sehingga 4 orang dengan harga berpatutan. Antara pilihan bilik yang ada ialah Beach Bungalow, Beach House, Terrace Room, dan Terrace Family.

Setiap pilihan bilik mempunyai kelengkapan yang lengkap dan selesa. Dekorasi dalamannya simple dan clean, namun penuh karakter dengan ruang yang luas malah mempunyai balkoni tersendiri.
Di sini juga terdapat restoran yang menyajikan makanan lokal dan Western. Selain itu, korang boleh mengatur dan menempah aktiviti seperti snorkelling, freediving, scuba diving, paddle boarding, dan jungle trekking.
Rate : RM250 – RM290
Tempahan Bilik : Swiss Cottage Tioman
Info Lanjut : https://swiss-cottage-tioman.com/index.html
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/swisscottagetioman/
2. Idaman Beach Holiday Resort

Kalau korang mencari penginapan yang lebih simple kerana lebih gemar melakukan aktiviti luar, Idaman Beach Holiday Resort adalah pilihan terbaik.
Korang boleh memilih pakej penginapan berserta aktiviti dengan harga berpatutan. Paling menarik, semua unit penginapan di sini menghadap pantai, sesuai untuk korang bergambar. Di sini juga lokasi terbaik untuk shot sunset yang cantik.

Lokasinya yang berdekatan dengan pusat menyelam iaitu Tioman Dive Buddy, memudahkan pergerakan dan korang boleh mempelajari teknik menyelam yang betul.
Antara fasiliti lain ialah restoran, gelanggang bola tampar pantai, dan kedai cenderamata. Korang juga boleh mengambil pakej full-board untuk memudahkan atur cara ketika melancong di Pulau Tioman.
Rate : Mengikut Pakej
Hubungi : 019-294 1683
Info Lanjut : https://www.idamanbeachholiday.com/
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/idamanbeachholidaytioman/
3. Juara Beach Resort

Terkenal dengan panorama yang cantik dan lokasi yang strategik, Juara Beach Resort antara penginapan yang sesuai untuk korang yang gemar bergambar.
Unit di sini berkonsepkan chalet dengan kelengkapan basic namun selesa. Antara pilihan penginapan ialah Standard, Deluxe, Seaview, dan Seaview Family. Bilik di sini boleh memuatkan sehingga 6 orang.

Korang juga boleh memilih pakej penginapan dengan aktiviti snorkeling yang termasuk makan dan minum. Selain itu, mereka juga mempunyai restoran sendiri yang besar, sesuai untuk korang yang datang bersama kumpulan besar.
Rate : RM190 – RM420
Hubungi : 018-289 3188
Info Lanjut : https://www.juarabeach.com.my/
4. Go Deeper Tioman

Selain pemandangan lautan luas, korang juga boleh menikmati ketenangan alam semula jadi di Go Deeper Tioman.
Penginapan di sini dihiasi taman yang menghijau dengan panorama laut di hadapan, dan pemandangan hutan di belakang. Paling menarik, konsep di sini ialah Tube Room yang unik dan sangat estetik, namun tetap selesa.

Dekorasi dan tema bilik adalah minimal dan clean, sesuai untuk korang yang mahukan percutian tenang dan damai. Kafe dan restoran juga disediakan di sini dengan aneka menu Western dan pilihan seperti steamboat dan BBQ.
Rate : RM138 (Isnin-Khamis) , RM188 (Jumaat-Ahad)
Tempahan Bilik : Go Deeper Tioman
Hubungi : 012-345 0086
Info Lanjut : https://www.godeeperchalets.com/
5. Japamala Resorts

Kalau korang melancong ke Pulau Tioman untuk menikmati pengalaman penuh di tempat penginapan, Japamala Resort adalah pilihan berbaloi.
Konsep penginapan di sini berbeza-beza mengikut jenis seperti TreeTop Chalet dengan pemandangan daripada sudut atas, SeaCliff Chalet unit tinggi yang menghadap laut, Jungle Luxe Sarang yang dikelilingi pohon menghijau, dan banyak lagi.

Segala keperluan korang akan dilunaskan dengan servis terbaik. Aktiviti air juga boleh diatur dan termasuk dalam pakej tambahan di sini.
Selain itu, korang boleh menikmati spa, butik cenderamata eksklusif, dan restoran premium dengan konsep serta pemandangan unik.
Rate : Mengikut Jenis. Lihat Sini
Info Lanjut : https://www.japamalaresorts.com/
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/japamalaresorts/
6. Minang Cove Resort

Bumbung berkonsepkan seni bina minang menjadi ikon penginapan di sini selain estetik rumah tradisional dengan dekorasi yang moden.
Minang Cove Resort mempunyai 12 Deluxe Chalet dan 2 villa yang dapat memuatkan sehingga 10 orang. Antara pilihan penginapan di sini ialah Family Cabin, Deluxe Chalet, Beach Front Villa, dan Hill Side Villa.

Kelengkapan di sini memang sempurna dan cukup untuk korang yang datang dalam kumpulan besar. Fasiliti yang ada termasuk restoran, pantai persendirian, minang reef, tour boat, dan banyak lagi.
Rate : RM800 – RM2700
Hubungi : 014-636 2264
Info Lanjut : https://www.tiomanislandresort.net/
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/minangcoveresort/
7. Bamboo Hill Chalets

Penginapan yang mengetengahkan elemen kelestarian untuk pengunjung yang mahukan pengalaman percutian tenang, damai, serta merehatkan.
Bamboo Hill Chalets memberi fokus kepada pengalaman berehat dalam suasana alam semula jadi yang autentik. Antara penginapan yang ada ialah Beach Steps, Bay View, High Room, dan Sea & Sky. Bilik di sini dapat memuatkan sehingga 4 orang.

Polisi di sini ialah mereka tidak menerima kumpulan besar dan minimum 3 malam untuk tempahan. Korang akan merasai pengalaman bersantai sambil menghargai alam. Bamboo Hill juga terkenal sebagai spot untuk bekerja secara nomad dalam persekitaran alam yang tenang.
Rate : RM200 – RM400
Tempahan Bilik : Bamboo Hill Chalets
Info Lanjut : https://www.bamboohillchalets.com/
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/bamboohilltioman/
Pulau Tioman ialah destinasi terbaik untuk korang menikmati dan merasai alam semula jadi. Banyak lagi spot dengan view terbaik Pulau Tioman selain tempat penginapan. Wajib masuk Travelist seterusnya!
Baca Juga :