8 Hotel Best Di Pulau Pangkor Dengan View Laut
Pulau Pangkor antara destinasi underrated yang mempunyai banyak tarikan menarik. Selain terkenal sebagai pusat pengeluar barangan hasil laut, Pangkor juga menjadi spot getaway untuk meluangkan masa bersama rakan dan famili.
Tempat untuk bermalam pun dah semakin banyak dan kebanyakan pengunjung mencari hotel atau tempat penginapan yang menenangkan di Pulau Pangkor dengan view laut.
Macam-macam tema dan konsep penginapan yang korang boleh jumpa di Pulau Pangkor. Paling penting haruslah pemandangan menghadap laut! Ini antara penginapan dan hotel yang tenang di Pulau Pangkor dengan view laut:
8 Hotel Best & Tenang Pulau Pangkor Dengan View Laut
1. Vagary Pangkor

Penginapan dengan estetik klasik Inggeris ini amat popular dengan konsep yang clean dengan rona putih serta suasana ala-ala percutian di luar negara.
Vagary Pangkor terletak di Teluk Nipah dan berdekatan dengan laut. Korang boleh berjalan kaki untuk ke pantai, dan di kawasan sekeliling juga terdapat kedai-kedai makan.

Penginapan hotel di sini adalah berkonsepkan chalet namun lengkap dengan segala keperluan. Setiap unit mempunyai TV, pendingin hawa, bilik mandi, dan keperluan basic yang lain. Unit-unit di sini boleh memuatkan sehingga 4 orang, dan terdapat unit yang sesuai untuk pasangan bulan madu serta backpackers juga.
Vagary Pangkor menyediakan pakej penginapan dan kombo aktiviti dengan harga yang berpatutan. Jadi, korang tak perlu bimbang dan pening untuk mencari agen yang menawarkan aktiviti di Pangkor.
Rate : Mengikut Jenis dan Pakej. Lihat Sini
Hubungi : 019-371 3362
Info Lanjut : https://www.facebook.com/letsvagary
2. Nipah Bay Villa

Kalau korang menggemari hotel yang lebih simple kerana korang lebih aktif melancong di luar, Nipah Bay Villa Pangkor adalah pilihan yang sesuai.
Estetik di sini adalah rumah kayu dengan elemen klasik serta tradisional dan dihiasi pohon menghijau. Unit di sini juga adalah pelbagai seperti Economy Room, Standard Room, Family Room, dan Deluxe Chalet yang dapat memuatkan sehingga 6 orang.

Jarak untuk ke pantai juga agak dekat dan dikelilingi banyak kedai-kedai makan. Mudah untuk korang berjalan-jalan dan menikmati suasana sekeliling Pulau Pangkor.
Rate : Mengikut Jenis. Lihat Sini
Hubungi : 013-779 2198
Info Lanjut : https://www.facebook.com/NipahBayVillaPangkor
3. Alun Retreat Pangkor

Penginapan unik berkonsepkan kontena dengan estetik moden dan minimalis yang sangat elegan. Sesuai untuk korang yang suka bergambar.
Alun Retreat terletak betul-betul di hadapan laut, jadi korang tak perlu berjalan jauh. Unit penginapan yang ditawarkan ialah Family Garden Front, Oceanfront & Oceanview, dan Executive Beachfront.
Harganya juga berpatutan dan dapat memuatkan sehingga 5 orang mengikut jenis.

Di sini juga korang boleh lakukan aktiviti seperti crystal kayak, lepak di tepi pantai, dan menikmati makanan serta minuman di kafe mereka. Sesuai untuk orang berjiwa muda dan pasangan berbulan madu.
Rate : Mengikut Jenis. Lihat Sini
Tempahan Bilik : Alun Retreat Pangkor
Info Lanjut : https://www.alunretreat.com/
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/alunretreat/
4. Pangkor Holiday Resort

Resort yang menawarkan pelbagai servis ini memang sesuai untuk korang yang mahukan pengalaman yang lebih selesa di tempat penginapan.
Konsep unit penginapan di sini adalah chalet premium dengan tema moden dan dekorasi yang lebih up to date. Unit penginapan di sini berkonsepkan Homely Chalets dengan pilihan seperti Superior, Deluxe, dan Premier.
Resort di sini juga mempunyai kolam renang yang besar dan fasiliti yang menarik seperti bilik rekreasi, dewan persidangan, Restoran Sudu, kedai cenderamata, Roussillon Cafe, dan Beach Cafe.

Suasana dan persekitaran di sini pula amat bersih dan luas. Banyak spot bergambar seperti menara Eiffel, arca panda dan sampan, mural, serta banyak lagi yang korang akan jumpa. Sesuai untuk korang berehat dan bercuti di sini bersama rakan dan famili.
Rate : Mengikut Jenis. Lihat Sini
Tempahan Bilik : Pangkor Holiday Resort
Info Lanjut : https://www.pangkorholidayresort.com.my/
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/pangkorholidayresort/
5. Nipah Guesthouse

Penginapan berkonsepkan cottage ini sesuai untuk korang yang mahukan percutian ala-ala di luar negara kerana tema klasik bercampur modennya sangat estetik untuk bergambar.
Unit penginapan berbentuk A-frame di sini dilengkapi dengan kemudahan yang basic namun masih selesa. Kolam renang terletak di hadapan penginapan, namun lokasi Nipah Guesthouse tidaklah jauh dari pantai, kira-kira 5 minit untuk ke Pantai Nipah.

Selain unit A-Frame yang dapat memuatkan 2 orang, terdapat unit-unit lain seperti Deluxe Chalet untuk 3 orang, Tower Cottage untuk 3 orang, dan Guesthouse yang dapat memuatkan sehingga 6 orang.
Fasiliti yang lain termasuk tempat letak kereta, pakej sukan air, kafe, dan banyak lagi. Korang juga boleh membeli pakej aktiviti menerusi Nipah Guesthouse dengan membuat tempahan awal.
Rate : Mengikut Jenis. Lihat Sini
Tempahan Bilik : nipah.guesthouse@gmail.com
Hubungi : 05-685 2479
Info Lanjut : https://www.facebook.com/nipah.guesthouse
6. Pangkor Village Beach Resort

Pemandangan laut dan pantai daripada kolam renang yang sangat mengancam. Korang boleh lihat view cantik sunset dari dek kolam renang dan bilik.
Penginapan di sini berkonsepkan moden dengan ruang yang bersih dan selesa. Kalau korang mahukan pemandangan laut, boleh menginap di unit Pulau Raja. Jika korang mahukan pemandangan taman pula, boleh menginap di unit Pulau Giam. Bagi unit Pulau Agas pula, ada yang menghadap laut dan ada yang menghadap bukit.

Kemudahan yang disediakan serba lengkap dan fasiliti di sini juga ada pelbagai seperti bilik persidangan, restoran, dan akses terus ke pantai. Korang juga boleh berurusan dengan mereka untuk tempahan aktiviti air.
Rate : Mengikut Jenis. Lihat Sini
Hubungi : 05-685-2227
Info Lanjut : https://pangkorvillage.com/
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/pangkorvillagebeachresort/
7. Pangkor Bus Resort

Penginapan unik yang berkonsepkan bas dengan pemandangan dan akses terus ke laut.
Unit-unit bas di sini mampu untuk memuatkan 2 sehingga 6 orang mengikut jenis penginapan. Paling menarik, setiap unit serba lengkap dengan keperluan seperti bilik mandi, katil, pendingin hawa, malah mempunyai tab mandi. Rekaan dalamannya pula seakan-akan bilik biasa yang sangat selesa dan bersih.

Kolam mandi antara fasiliti yang disediakan, selain kafe, dan kawasan taman. Korang boleh berbasikal, memancing, berkaraoke, dan bersantai bersama rakan dan famili.
Rate : Mengikut Jenis. Lihat Sini
Tempahan : Pangkor Bus Resort
Hubungi : 014-985 5541
Info Lanjut : https://www.facebook.com/pangkorbusresort
8. Pangkor Laut Resort

Pulau Pangkor juga mempunyai resort bertaraf antarabangsa dengan penginapan, fasiliti, serta servis lima bintang yang diiktiraf secara global.
Pangkor Laut menawarkan penginapan premium dengan pilihan penginapan pelbagai seperti Garden Villa, Hill Villa, Spa Villa, dan banyak lagi. Kalau korang mempunyai bajet yang banyak, bolehlah merasai penginapan estet yang lebih eksklusif.

Suasana di sini amat nyaman dan tenang dikelilingi alam, korang akan merasai pengalaman privasi dengan servis yang cemerlang. Hidangan pula disediakan oleh chef antarabangsa menggunakan bahan lokal.
Banyak lagi kemudahan menarik yang ada seperti pakej spa, ruang makan persendirian, aktiviti sukan air, memancing dan banyak lagi.
Rate : Mengikut Jenis. Lihat Sini
Tempahan : Pangkor Laut Resort
Info Lanjut : https://www.pangkorlautresort.com/
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/pangkorlautresort/
Pulau Pangkor kian membangun dan lebih banyak penginapan serta aktiviti unik dipergiatkan. Kalau korang mencari tempat penginapan dengan view laut yang cantik, boleh masukkan Pulau Pangkor dalam Travelist seterusnya.
Baca Juga :