dark mode light mode Search

10 Homestay Sekinchan – Boleh Mandi Pool & View Sawah Padi

10 Homestay Sekinchan – Boleh Mandi Pool & View Sawah Padi

Sekinchan terkenal dengan panorama sawah padi yang terbang luas. Ramai datang ke sini untuk jalan-jalan, bergambar, dan short getaway kerana banyak homestay family-friendly di Sekinchan yang mengancam.

Sawah padi akan kelihatan hijau pada hujung Mac sehingga awal Mei manakala akan menguning awal Mei sehingga awal Jun. Musim kedua pula, padi akan menghijau pada hujung September sehingga awal November manakala menguning pada awal November sehingga awal Disember.

Lokasi mana yang terbaik untuk korang tinggal di Sekinchan?  Ini antara homestay di Sekinchan yang family-friendly dengan pemandangan sawah padi yang mengancam.

10 Homestay Sekinchan – Boleh Mandi Pool & View Sawah Padi

1. Homestay Kampung Style

Kredit @NorSuhaidayatyAbdul via Facebook

Salah satu pesona homestay di Sekinchan adalah suasana kampung yang akan menggamit memori. Homestay Kampung Style adalah salah satu lokasi yang akan membuatkan korang teringat kenangan kehidupan di kampung.

Saiznya yang besar dengan konsep rumah Melayu membolehkan korang untuk duduk beramai-ramai di sini. Keseluruhannya terdapat 5 bilik, 3 tandas, 2 beranda, ruang makan, dapur, dan ruang tamu yang besar, serta halaman yang lapang.

Kredit @sauffynaim

Keliling tempat ini juga terdapat pokok buah-buahan seperti jambu, belimbing, dan kelapa. Paling menarik, Homestay Kampung Style mempunyai dua unit rumah pondok dengan kolam renang private.

Dekorasinya yang rustic dan autentik akan memberikan pengalaman retreat yang mendamaikan. Selain dekat dengan kawasan sawah padi, ada juga tali air untuk korang memancing. Aktiviti di sini lebih kepada riadah santai Bersama rakan dan famili.

Alamat : Jalan Tali Air 9, Ban Canel, Sekinchan

Hubungi : Encik Ridzuan 012-278 5839

Rate : RM500 satu malam bagi rumah utama

2. Acuani House

Kredit @AnaKhadijah via Facebook

Sebuah penginapan baharu dengan konsep moden kontemporari stail Inggeris yang memberikan vibe resort.

Terdapat dua unit yang boleh memuatkan 10 orang (maximum 5 pax bagi satu unit) dengan kelengkapan seperti pendingin hawa, seterika, wifi, ruang tamu, dan banyak lagi.

Kredit @AnaKhadijah via Facebook

Kolam renang di sini terletak di bahagian tengah antara unit penginapan, jadi dua unit ini perlu berkongsi penggunaannya. Antara aktiviti lain yang ada adalah berbasikal, BBQ, dan aktiviti riadah di kawasan sawah padi.

Pemandangan di sini sangat mengancam dengan estetik penginapan yang berwarna putih berlatarbelakangkan sawah padi dan langit yang terbentang luas.

Alamat : Lot 2688, Jalan Tali Air 9, Pasir Panjang

Hubungi : 017-337 8405

Rate : RM250 satu malam

Pautan Facebook : Acu Ani

3. MK Kayah Villa

Kredit @MKKayahVilla via Facebook

Tarikan utama di sini ialah lokasinya yang dikelilingi sawah padi 360 darjah! Selain itu, MK Kayah Villa terletak berdekatan tali air dan berada di kawasan yang tidak sibuk, sesuai untuk korang yang mahukan privasi dan ketenangan.

Korang memang takkan terlepas daripada terlihat tempat ini kerana warnanya yang menyerlah iaitu putih dengan konsep moden dan kolam biru yang besar di bahagian hadapan pintu masuk.

Kredit @MKKayahVilla via Facebook

MK Kayah Villa terkenal sebagai lokasi estetik malah mempunyai kincir angin mini dan buaian putih berlatarbelakangkan sawah padi. Pemandangan sunset di sini juga sangat magical dan antara spot bergambar yang cantik.

Terdapat 4-unit penginapan di MK Kayah Villa dan setiap unit mempunyai 2 bilik, dapur, tandas dan ruang tamu. Terdapat juga beranda utama di tingkat atas yang boleh diakses melalui tangga spiral. Di bahagian luar pula terdapat outdoor kitchen, ruang rekreasi, BBQ, tandas, dan kolam mandi.

Alamat : Jalan Parit 9, Sekinchan

Hubungi : 011-1113 7866

Rate : Hari biasa RM500 satu malam / Hujung minggu RM600 satu malam

Pautan Facebook : https://www.facebook.com/MKKayahVilla/

4. Kayu Cottage

Kredit @kayu_cottage via Instagram

Kalau korang mencari homestay di Sekinchan yang berkonsepkan kampung dan muat untuk kumpulan kecil dalam 3-5 orang, Kayu Cottage antara pilihan penginapan yang sesuai.

Selain daripada lokasinya yang sangat strategik iaitu berhadapan dengan sawah padi, Kayu Cottage juga menawarkan fasiliti yang serba lengkap dan mempunyai private pool tersendiri.

homestay sekinchan
Kredit @kayu_cottage via Instagram

Dekorasi dan konsepnya yang dihias mengikut stail kampung seakan-akan membawa korang tinggal di dalam rumah kayu tradisional. Terdapat tiga pilihan penginapan iaitu Oak, Walnut, dan Pine, harga untuk satu malam di sini boleh dikatakan antara yang affordable.

Alamat : Kampung Sungai Leman, 45400 Sekinchan

Hubungi : 012-286 5350

Rate : RM180 – RM280 (Mengikut jenis penginapan)

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/kayu_cottage/

5. Paddy House Homestay

homestay sekinchan
Kredit @paddy_house_homestay_ via Instagram

Terkenal dengan suasana landskapnya yang menawan, Paddy House Homestay adalah salah satu penginapan yang sesuai untuk pengunjung yang mahukan panorama sekeliling yang estetik.

Ruang sosial di bahagian rooftop boleh diakses melalui tangga utama ikonik yang memaparkan pemandangan sawah padi dan langit yang terbentang luas. Kalau korang mencari spot sunset yang cantik, inilah tempatnya.

homestay sekinchan
Kredit @paddy_house_homestay_ via Instagram

Pilihan bilik juga ada pelbagai di Paddy House Homestay ini, antaranya VIP House, Luxury House, Interior House, Deluxe House, Executive House, Cool Corner House, dan Paddy Chalet. Korang boleh memilih mana-mana penginapan mengikut linkungan bajet yang bersesuaian.

Fasiliti pula serba lengkap dengan dapur, ruang tamu, capaian internet, dan yang paling popular ialah kolam renang yang besar.

Alamat : Lot 22691, 1, Jalan Parit 4 Pantai Sungai Burung, Kampung Sungai Burung

Hubungi : 011-2567 7221

Rate : RM250 – RM600 (Mengikut jenis bilik)

Info Lanjut : https://paddyhousehomestay.com/

Pautan Instagram : Paddy House Homestay

6. The Jendela Padi Resthouse

homestay sekinchan
Kredit @TheJendelaPadi via Facebook

Kalau korang mahukan kolam renang yang betul-betul menghadap sawah padi bahkan berada di depan sawah namun masih menjaga privasi, The Jendela Padi Resthouse antara pilihan yang paling estetik dan menarik.

The Jendela Padi Resthouse ini menjanjikan pengalaman yang menenangkan. Setiap unit mempunyai 3 bilik yang menghadap pemandangan sawah padi dan dilengkapi katil bersaiz queen yang berpendingin hawa.

homestay sekinchan
Kredit @TheJendelaPadi via Facebook

Dari segi fasiliti pun serba lengkap, jadi korang boleh menikmati percutian dengan selesa bersama kawan dan famili.

Alamat : No 1, Ban 1, Lot 10330, Jalan Parit 11, Kg Pasir Panjang

Hubungi : 011-1436 0607

Rate : RM380 satu malam

Pautan Facebook : https://www.facebook.com/the.jendela.padi

7. Anjung Pool Villa

Kredit @anjungpoolvilla via Instagram

Penginapan yang sangat estetik dengan tempat santai berjaring di atas bendang, kolam mandi private yang menghadap sawah padi, dan konsep interior yang rustic dan moden.

Anjung Pool Villa kini menawarkan jenis penginapan baharu iaitu berkonsepkan studio 2 tingkat dan terhad kepada 4-unit sahaja. Selain itu terdapat juga penginapan jenis villa yang terhad kepada 2-unit sahaja. Paling penting, setiap unit mempunyai private pool tersendiri.

homestay sekinchan
Kredit @anjungpoolvilla via Instagram

Anjung Pool Villa lebih sesuai untuk pengunjung yang mahukan honeymoon yang romantik dan intimate kerana suasana dekorasinya yang lebih malap di kawasan dalam namun tetap meriah ceria di bahagian luar.

Penginapan di sini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai anak-anak dan boleh mendedahkan mereka kepada suasana di sawah padi kerana Anjung Pool Villa dibina betul-betul di atas bendang.

Alamat : Ban 2, Lot 13402, Jalan Tali Air 11, Kg Tengah Pasir Panjang

Hubungi : 012-235 2024

Rate : RM450 – RM600+ (Mengikut jenis penginapan)

Pautan Facebook : https://www.facebook.com/Anjungpoolvilla/

8. Villa Chee

Kredit @VillaChee via Facebook

Villa Chee antara salah satu penginapan yang menjadi pilihan ramai apabila datang ke Sekinchan ini. Selain daripada kedudukannya yang strategik iaitu di kawasan bandar Sekinchan, pemandangan di sini tetap menjanjikan panorama sawah padi yang terbentang luas dalam penginapan yang selesa dan family-friendly.

Sesuai dengan slogan mereka ‘Where the best of both worlds become reality’, konsep homestay kontena di sawah padi memberi efek moden dalam suasana nature yang damai. Banyak pilihan bilik ditawarkan dan korang boleh pilih mengikut kesesuian bajet masing-masing.

homestay sekinchan
Kredit @VillaChee via Facebook

Beza Villa Chee dengan tempat penginapan yang lain, di sini terdapat banyak aktiviti yang korang boleh lakukan seperti mandi kolam, berkaraoke, bergambar di spot-spot insta-worthy yang banyak, berbasikal, beriadah di taman permainan bagi kanak-kanak, dan banyak lagi.

Alamat : Lot 3919, Jalan Sawah Ban Site B

Hubungi : 012-505 0328 / 03-3241 8372

Rate : RM180 – RM500 (Mengikut jenis  bilik)

Info Lanjut : https://www.villachee.com.my/web/property/villa-chee

Pautan Facebook : https://www.facebook.com/villachee

9. Farm Ville Cafe & Homestay

Kredit @FarmVille via Facebook

Antara penginapan yang juga menggunakan tema kontena ialah Farm Ville Café & Homestay. Konsep dekorasi di sini lebih kepada motif industrial dengan warna merah serta hitam yang memberikan impak menyerlah.

Jika korang sukakan tempat yang estetik untuk bergambar, seluruh ruang di tempat ini bagaikan taman permainan untuk korang terokai.

Kredit @FarmVille via Facebook

Aktiviti di sini termasuk mandi kolam, berbasikal, giant trampoline di bahagian rooftop, mini golf, dan banyak lagi. Sambil anak-anak korang menghabiskan tenaga bermain, korang boleh lepak sambil minum kopi di kafe.

Ruang penginapan di sini agak kecil namun cukup untuk memuatkan sehingga 9 orang (mengikut jenis bilik). Rupa biliknya lebih bersifat clean jika ingin dibandingkan dengan dekorasi di bahagian luar, namun masih mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Alamat : 11304, Jalan Tepi Sawah, Pekan Sekinchan

Hubungi : 017-206 8666

Rate : RM128 – RM278 (Mengikut jenis bilik)

Info Lanjut : https://farmvillehomestay.com.my/home/

Pautan Facebook : https://www.facebook.com/farmvillecafehomestay/

10. Triangle Farm Cottage House

Kredit @FarmVille via Facebook

Triangle Farm Cottage House adalah salah satu produk yang dikelolakan di bawah syarikat yang sama dengan Farm Ville Homestay. Namun, konsepnya agak berbeza daripada aspek penginapan.

Jika Farm Ville Homestay terarah kepada konsep kontena, Triangle Farm Cottage House pula menggunakan konsep rumah A-frame. Di samping itu, ada juga penginapan glamping dan kontena ditawarkan.

Kredit @FarmVille via Facebook

Perbezaannya di sini, selain daripada suasana sawah padi, ada juga kebun tanaman organik berdekatan kawasan ini. Kolam di sini juga tidak sama dan hanya menggunakan inflatable pool, namun cukup besar untuk anak-anak menikmati dan berseronok.

Triangle Farm Cottage House juga lokasi yang sangat insta-worthy dan estetik. Memandangkan konsepnya yang terarah kepada konsep Inggeris, korang akan dapati rupa lokasi ini moden dengan warna merah dan putih berkontraskan rumput yang menghijau dengan corak yang unik.

Alamat : Jalan Ban Kenal, Jalan Parit 5

Hubungi : 017-206 8666

Rate : RM128 – RM300 (Mengikut jenis bilik dan penginapan)

Info Lanjut : https://farmvillehomestay.com.my/home/

Sekinchan bukan sahaja terkenal dengan pemandangan sawah padi, malah terkenal sebagai pekan nelayan yang mempunyai pemandangan laut dan kedai makan yang menarik.

Jadi, kalau korang mencari spot jalan-jalan dan bercuti, bolehlah masukkan Sekinchan dalam Travelist korang.

Baca juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *