Kundasang terkenal dengan cuaca dan suhu yang nyaman serta dingin. Selain itu, view alam semula jadi di sini juga menjadi tarikan utama dan pasti korang inginkan penginapan atau homestay panoramik di Kundasang untuk enjoy estetik nature di sini.
Banyak pilihan penginapan atau homestay yang berbaloi dengan konsep yang bermacam di Kundasang ni. Kalau korang mahukan pemandangan yang cantik dan mengancam, korang boleh tengok penginapan di bawah:
9 Homestay & Penginapan Panoramik di Kundasang, Sabah
1. Ausvilla

Antara penginapan viral yang popular dengan estetik putih dan konsep moden kontemporari.
Ausvilla memberikan pemandangan Gunung Kinabalu dan juga Mount Kinabalu Golf Course yang merimbun dengan pohon-pohon serta alam semula jadi. Pilihan bilik juga ada pelbagai seperti Deluxe Home Suite iaitu rumah dua tingkat, Family Room, Tatami Room, Grand Suite, Deluxe Suite, dan banyak lagi.

Mereka juga mempunyai restoran sendiri yang menyajikan makanan Western, Jepun, Cina, dan makanan lokal. Korang boleh makan sambil melihat kolam ikan koi dan padang golf mini yang luas.
Rate Satu Malam : Mengikut Jenis. Rujuk Sini
Info Lanjut : https://www.ausvilla.com.my/
2. The Clover

Penginapan berkonsepkan kontena dengan pemandangan dari aras atas yang korang boleh lihat daripada cermin kaca besar di setiap bilik.
Dekorasi di dalam adalah moden dan simple dengan kelengkapan serba lengkap dan selesa. Sesuai untuk korang meluangkan masa bersama rakan dan famili di sini.

Paling mengancam adalah suasana dan pemandangan Gunung Kinabalu dan pekan Kundasang yang boleh dilihat daripada beranda.
Rate Satu Malam : RM580-780
Hubungi : 013-999 6883
Info Lanjut : https://www.facebook.com/thecloverhomestay
3. Komfy Kundasang

Lokasi homestay ini menawarkan penginapan cabin dan juga campsite. Korang boleh memacak khemah sendiri dan hanya perlu membayar sewa tapak. Paling menarik tentulah pemandangan Gunung Kinabalu dan juga taman bunga yang ada di sini.
Setiap cabin dilengkapi katil bersaiz queen dan katil super single yang dapat memuatkan 3 orang. Kemudahan yang disediakan juga serba lengkap dan selesa.

Mereka juga mempunyai kafe iaitu Komfy Cafe yang menyajikan makanan seperti spageti, burger, fries, paling istimewa ialah laksa Sarawak, dan macam-macam lagi.
Rate Satu Malam : Weekdays I RM250 , Weekend I RM280
Rate Tapak Camping : Dewasa RM20 I Kanak-Kanak RM10 I Tapak RM20
Hubungi : 011-5693 3710
Info Lanjut : https://www.facebook.com/KomfyKundasang/
4. Mesilau Mountain Retreat

Tempat penginapan yang dipanggil Agapanthus Home dengan konsep rustik cottage dan dekorasi cabin yang sangat estetik.

Penginapan ini dibina tinggi dan dikelilingi dek pemerhatian yang luas. Bolehlah korang lihat panorama Gunung Kinabalu daripada pelbagai sudut. Terdapat 3 bilik, 2 bilik mandi, 1 dapur, dan satu ruang tamu. Ruang-ruang di sini luas dan sangat bersih.
Rate Satu Malam : RM700+
Hubungi : 011-6435 0459
Info Lanjut : https://www.facebook.com/mesilaumountainretreats/
5. Konunukan Gardenstay & Camping

Konunukan ialah bahasa Dusun yang menggambarkan sesuatu kawasan yang mempunyai banyak pohon nunuk ataupun pohon beringin.

Penginapan di sini adalah daripada jenis studio apartmen dengan gaya Inggeris klasik dan juga estetik cabin. Kelengkapan yang disediakan lengkap dan selesa. Kalau korang mahukan pengalaman yang lebih unik dan dekat dengan nature, boleh cuba camping di sini.
Rate Satu Malam : Mengikut Jenis. Rujuk Sini
Rate Tapak Camping : RM30 per pax
Hubungi : 019-888 4359
Info Lanjut : https://www.hounon.com/konunukan.cfm
Pautan Facebook : Konunukan Gardenstay & Camping
6. Philip Garden Chalets

Kawasan yang asalnya ladang sayur-sayuran kini berubah menjadi tempat penginapan dengan pemandangan yang sangat mengagumkan.
Terdapat 10 chalet yang boleh disewa dan perbezaan setiap unit adalah daripada segi bilangan katil sahaja. Terdapat kelengkapan yang baik seperti alatan memasak, peti sejuk, sabun, pemanas air, dan banyak lagi dalam setiap unit, cuma korang perlu bawa tuala dan alatan mandian.

Lokasi ini sesuai untuk korang yang mahukan pemandangan matahari terbenam berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.
Rate Satu Malam : RM150-RM900 , Mengikut Jenis. Rujuk Sini
Hubungi : 013-850 4833
Info Lanjut : https://philipgardenchalets.com/
7. The Box Hotel

Pilihan untuk korang yang lebih berhati-hati dengan bajet tapi masih mempunyai pemandangan alam yang nyaman.
The Box Hotel adalah penginapan kontena dengan konsep minimalis, sesuai untuk korang yang tak kesah dengan keadaan yang simple. Fasiliti dan kemudahan yang disediakan adalah basic, namun ruang bilik masih luas, bersih dan selesa.

Dekorasi di luar pula menyerlah dengan mural dan lukisan yang berwarna-warni. Terdapat restoran bersebelahan dengan penginapan dan dek pemerhatian di bahagian belakang untuk korang yang mahukan momen healing.
Rate Satu Malam : RM116-RM161 , Mengikut Jenis. Rujuk Sini
Hubungi : 016-829 2823
8. Himbaan Gardenstay

Port pemandangan Gunung Kinabalu paling jelas untuk dapatkan shot mengancam. Himbaan Gardenstay menjadi pilihan ramai kerana lokasinya yang sangat strategik.

Penginapan di sini agak unik dengan Motor Home iaitu karavan dan unit-unit bilik biasa. Selain itu, korang juga boleh menyewa tapak camping yang serba lengkap dengan fasiliti seperti tandas dan ruang BBQ.
Rate Satu Malam : Mengikut Jenis. Rujuk Sini
Rate Tapak Camping : 2 pax RM90 I 3 pax RM100
Hubungi : 016-810 9816
Info Lanjut : https://www.facebook.com/himbaan/
9. The Cloud Kinabalu – Glamping & Homestay

Lokasinya yang berada di kawasan pergunungan membuatkan penginapan ini terkenal sebagai spot untuk melihat awan karpet yang berubah-ubah warna mengikut masa.
Terdapat banyak pilihan penginapan seperti rumah 5 bilik, chalet, bilik biasa, dan dome untuk korang yang menggemari suasana glamping. Setiap unit mempunyai tandas sendiri namun korang perlu menyewa asing jika ingin menggunakan dapur.

The Cloud Kinabalu ialah tempat yang sesuai untuk korang yang gemarkan estetik ketika bercuti kerana setiap penjuru di sini mempunyai tempat-tempat yang cantik.
Rate Satu Malam : Mengikut Jenis. Rujuk Sini
Hubungi : 019-832 1585
Info Lanjut : https://thecloudecostay.com/
10. Marakau Cabin Lodge

Kalau korang sukakan vibe rustic dan konsep cabin, ini tempat penginapan yang sesuai dengan pemandangan yang cantik.

Marakau Cabin Lodge adalah untuk korang yang sukakan keindahan alam dan juga cuaca sejuk di kaki gunung. Selain itu, BBQ juga ada disediakan, dan pada musim buah, korang dapat menikmati buah-buahan lokal yang tumbuh merimbun.
Rate Satu Malam : Mengikut Jenis. Rujuk Sini
Hubungi : 019-831 2866
Info Lanjut : Marakau Cabin Lodge
Kundasang memang tempat yang sangat panoramik dengan suasana nyaman dan sejuk. Banyak lagi penginapan panoramik di Kundasang yang korang boleh terokai. Jom masukkan Kundasang dalam Travelist korang!
Baca Juga: