Kuantan amat popular dengan tarikan menarik seperti Pantai Teluk Cempedak, Zoo Teruntum, Kula Cakes, Air Terjun Sungai Pandan, serta banyak lagi. Selain itu, homestay unik di Kuantan dengan fasiliti dan view menawan menjadikan destinasi ini spot staycation yang menarik.
Kini, lebih ramai pengunjung datang ke Kuantan untuk menikmati keindahan dan merasai sendiri pengalaman istimewa bersama rakan dan famili.
Ini antara homestay unik di Kuantan yang family-friendly dan mempunyai fasiliti dan view terbaik:
8 Homestay Unik di Kuantan, Staycation Best Seisi Famili & Pool
1. Sepat Village House

Jika korang mahukan percutian berkonsepkan balik kampung dengan suasana alam sekitar yang tenang, Sepat Village House adalah pilihan terbaik.
Terdapat 5 bilik di sini yang lengkap dengan kemudahan seperti bilik air, pendingin hawa, internet, malah setiap bilik mempunyai pemandangan yang berbeza. Korang boleh menyewa bilik secara berasingan ataupun menyewa keseluruhan rumah jika bercuti dalam kumpulan besar.

Konsep dan reka bentuk di sini adalah klasik serta tradisional dengan dekorasi kayu yang diubah suai. Lokasinya juga sangat strategik, berdekatan dengan pantai dan kedai-kedai makan.
Kolam renang juga ada disediakan di sini. Bagi korang yang gemar bergambar, terdapat banyak spot yang cantik seperti buaian, pondok, jambatan, telaga, dan banyak lagi.
Rate : RM170 – RM200 (Mengikut Jenis Bilik)
Info Lanjut : https://www.facebook.com/SepatVillageHouse/
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/sepatvillagehouse.my/
2. Laman Sentosa Boutique Residence

Laman Sentosa Boutique Residence adalah rumah banglo yang diubah suai menjadi homestay dengan suasana moden seakan-akan korang menginap di hotel mahupun resort.
Jika korang mahukan pengalaman menginap yang selesa dengan konsep moden dan minimalis, korang boleh cuba bermalam di sini. Setiap bilik mempunyai bilik air persendirian, malah ada yang mempunyai teres untuk korang menghidup udara segar.

Antara pilihan bilik yang ada ialah Standard Twin Room, Double Room with Terrace, Deluxe Double Room, Honeymoon Suite, dan Family Suite. Korang boleh pilih mengikut kesesuaian jumlah pengunjung dan bajet.
Lokasinya juga hanya 5km dari pusat bandar dan berdekatan dengan tarikan seperti Menara Kuantan 188 dan Teluk Cempedak. Kalau korang datang bersama pasangan untuk berbulan madu, bolehlah ambil bilik yang mempunyai bathtub.
Rate : RM160 – RM420 (Mengikut Jenis Bilik)
Info Lanjut : https://lamansentosaboutiquehotel.blogspot.com/
Pautan Facebook : https://www.facebook.com/lamansentosa/
3. Serenity Cottage Beserah

Korang mencari penginapan untuk keluarga besar dengan pelbagai fasiliti dan konsep yang cantik? Korang boleh cuba bermalam di sini.
Serenity Cottage adalah rumah semi-d yang diubah suai menjadi homestay dengan konsep moden dan elegan. Di sini, korang akan menikmati penginapan peribadi dengan privasi bersama keluarga.

Lokasinya juga berdekatan Pantai Pelindung dan juga restoran serta kedai-kedai keperluan lain. Suasana di sini agak tenang kerana terletak di kawasan kampung.
Terdapat kolam renang, pagar dinding yang tinggi untuk privasi, peralatan memasak, internet, ruang BBQ, ruang lepak, dan banyak lagi keperluan lain. Terdapat 5 bilik di sini yang dapat memuatkan sehingga 18 orang.
Rate : RM1700 (Minumum 2 malam untuk menginap)
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/serenitycottagebeserah/
4. Timurbay Seafront Residence

Kalau korang suka aktiviti pantai atau menggemari view laut, ini tempat yang paling sesuai untuk korang.
Timurbay Seafront Residence adalah penginapan jenis apartmen yang menawarkan pelbagai kemudahan, fasiliti, dan 4 jenis bilik. Setiap bilik dilengkapi kemudahan lengkap seperti peralatan memasak, pinggan mangkuk, mesin basuh, internet, dan banyak lagi.

Paling menarik ialah fasiliti yang ada seperti, ruang BBQ, gazebo, kolam renang, sauna, taman permainan, gim, padang tenis, bilik permainan, dan banyak lagi.
Lokasinya juga adalah berhadapan Pantai Balok, korang boleh bersantai bersama rakan dan famili serta beraktiviti seperti menaiki ATV, menunggang kuda, berpiknik, dan banyak lagi.
Rate : RM200 – RM400 (Mengikut Jenis Unit)
Info Lanjut : https://www.timurbaykuantan.com/#home
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/timurbayktn/
5. The.Rumah.Hud

Homestay family-friendly yang mempunyai kolam renang privasi di dalam rumah yang sangat estetik.
Terdapat 3 bilik dengan kelengkapan yang cukup. Selain itu, terdapat juga kawasan bermain untuk kanak-kanak, barangan memasak, ruang tamu, dan paling menarik ialah kolam renang.

Konsep The Rumah Hud adalah moden dan minimalis dengan dekorasi simple bermotifkan simetrikal. Ruang di sini juga sangat bersih dan luas, sesuai untuk korang yang berkeluarga.
Rate : Ahad – Khamis I RM180 , Jumaat – Sabtu & Cuti Umum I RM200
Info Lanjut : The.Rumah.Hud
6. Casa Leesa

Kalau korang bercuti bersama famili ataupun rakan dalam kumpulan yang kecil dan menggemari pengalaman di tempat penginapan, korang wajib merasai bermalam di Casa Leesa.
Uniknya penginapan di sini ialah dua private pool iaitu di luar dan di dalam rumah. Di Casa Leesa, terdapat 2 bilik sahaja yang dapat memuatkan keluarga kecil yang ingin bercuti dengan santai di Kuantan.

Antara kemudahan yang disediakan ialah seterika, peti sejuk, Coway, dan sebagainya. Paling menarik, korang boleh memesan pakej floating breakfast iaitu sarapan yang dihidangkan di tengah-tengan kolam.
Rate : RM400+
Hubungi : 011-3749 4946
Info Lanjut : https://www.facebook.com/casaleesa
7. Villa KuChinta

Antara lokasi homestay popular dengan pemandangan laut dan kolam yang mengancam serta kawasan yang lapang dan estetik.
Korang pasti akan terpesona dengan suasana dan vibe di sini yang rustic di kawasan tenang serta damai. Villa KuChinta adalah spot popular untuk majlis perkahwinan malah pernah beberapa kali disiarkan di media massa kerana panorama yang indah.

Terdapat 8 buah bilik yang dapat memuatkan 20 orang dengan selesa. Villa yang berkonsepkan moden dan minimalis ini terletak bersebelahan pantai dan mempunyai kolam di luar.
Dekorasi dalaman yang simple dalam suasana industrial dengan gabungan permandangan pantai dan pohon kelapa di luar pasti akan memukau perhatian korang.
Rate : Isnin – Khamis I RM2000 , Jumaat – Ahad I RM3000
Info Lanjut : https://www.facebook.com/villakuchinta
Pautan Instagram : https://www.instagram.com/villakuchinta/
8. Square 02

Homestay berkonsepkan moden dan elegan dengan ruang yang luas serta bersih. Paling best ada kolam renang dengan 3 kedalaman, sesuai untuk seisi keluarga.
Homestay ini dapat memuatkan 10 – 12 orang dalam satu masa. Terdapat 4 bilik dan 2 bilik air dan setiap sudut mempunyai keluasan yang selesa serta besar.

Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan seperti water heater, Coway, unifi, Netflix dan ruangan BBQ. Kolam renang juga selamat untuk kanak-kanak kerana ada tiga jenis kedalaman iaitu 1 kaki, 2 kaki, dan 3 kaki.
Rate : RM699 – RM799
Hubungi : 011-2818 0790
Info Lanjut : https://www.facebook.com/staycationkuantan
Kuantan sememangnya destinasi menarik dengan pelbagai tarikan yang sesuai untuk percutian bersama rakan, famili, pasangan, mahupun solo. Kalau Kuantan berada dalam Travelist korang, jangan lupa merasai pengalaman homestay unik di Kuantan.
Baca Juga :