Korang mencari tempat penginapan atau family-friendly homestay di Kuala Terengganu yang ada private pool? Jom baca list ni.
Terengganu memang terkenal sebagai negeri ekopelancongan yang mempunyai hidden gems seperti air terjun, pulau, trail mendaki, dan macam-macam lagi. Makanan di sini juga menjadi tarikan utama yang unik.
Kalau nak melancong seisi famili atau beramai-ramai, pilihan terbaik semestinya homestay kerana boleh memuatkan bilangan penghuni yang ramai dengan harga berpatutan.
Ini antara pilihan homestay mesra keluarga di Kuala Terengganu yang ada private pool yang korang boleh pilih:
Family-Friendly Homestay di Kuala Terengganu
1. Ayah Wan Homestay Premium

Homestay dengan konsep tradisional yang dicampur dengan reka bentuk moden memberikan efek premium apabila korang masuk ke sini. Warna merah batu-bata dan ukiran kayu antara elemen unik di Ayah Wan Homestay Premium.
Uniknya di sini, korang akan dapat akses kepada dua rumah yang bersambung jika menyewa kedua-dua unit. Satu rumah mempunyai 3 bilik, 2 bilik air yang dilengkapi pemanas air, ruang tamu berpendingin hawa, smart TV beserta UNIFI, kelengkapan dapur klasik, mesin basuh, peti sejuk, penapis air, dan banyak lagi.

Selain kolam mandi, ada juga gazebo di luar rumah untuk korang bersantai seisi famili. Lokasinya juga strategik dan terletak kira-kira 5.5km dari pusat bandaraya, dan tarikan-tarikan yang ada di Kuala Terengganu.
Rate Satu Unit : Isnin – Rabu I RM550 , Khamis – Ahad & Cuti Umum I RM650
Pax per room : Maksimum 12 orang satu unit
Hubungi : 013-927 7349 (Ayah Wan) , 010-385 4435 (Amir)
Info Lanjut : Ayah Wan Homestay Premium Kuala Terengganu
2. Gading Chalet

Kalau korang mahukan vibe dan estetik cabin, Gading Chalet pilihan yang sesuai. Konsep Inggeris dengan warna pastel serta warna gelap di sini memberikan karakter yang meriah dan hidup.
Terdapat dua jenis penginapan iaitu Family Room dengan 1 katil bersaiz queen dan 1 katil bersaiz super single, dan Standard Room dengan 2 katil bersaiz super single. Daripada segi fasiliti dan kemudahan, terdapat peti ais, microwave, penapis air, alatan memasak dan banyak lagi.

Kolam mandi pula terletak di tengah-tengah, iaitu berhadapan dengan bilik dan mempunyai kedalaman yang sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa.
Rate : Family Room I RM225 , Standard Room I RM198
Hubungi : 019-578 8182
Info Lanjut : Gading Chalet
3. Homestay Sri Damai

Homestay yang berkonsepkan rumah ini mempunyai menggunakan rona putih dan tema minimal daripada segi dekorasi.
Penginapan di sini mempunyai 3 bilik dengan katil bersaiz queen dan 1 bilik dengan 2 katil bersaiz single. Sesuai untuk satu keluarga yang ingin berjalan-jalan di Kuala Terengganu kerana lokasinya terletak di bandar.

Tarikan lain termasuk kolam renang dan port BBQ. Daripada segi fasiliti dan kemudahan pula serba-serbi lengkap untuk korang memasak dengan selesa.
Rate Satu Malam : RM750
Hubungi : 014-608 1212
Info Lanjut : Sri Damai Homestay
4. Homestay Firdaus

Homestay yang berkonsepkan rumah ini adalah teres 2 tingkat dengan 3 bilik. 1 bilik Master mempunyai katil bersaiz king dan 2 bilik biasa dengan katil bersaiz queen.
Tarikan utama di sini adalah kolam mandi private di belakang rumah yang mempunyai atap dan dihias dengan pohon-pohon hijau seakan-akan korang berada di sekeliling persekitaran nature.

Fasiliti dan kemudahan di sini serba lengkap seakan-akan korang berada di rumah sendiri, dan paling menarik ialah lokasinya yang dekat dengan bandar.
Rate Satu Malam : Isnin – Jumaat I RM520 , Sabtu – Ahad & Cuti Umum I RM550
Maksimum Pax : 16 orang
Hubungi : 014-811 3465 (Firdaus)
Info Lanjut : Homestay Firdaus Kuala Terengganu
5. Manis Cottage

Rumah kayu dengan seni bina klasik ini terletak di kawasan perkampungan yang nyaman dan berdekatan dengan Sungai Kuala Nerus. Paling menarik, korang boleh ke kawasan bandar daripada lokasi ini menaiki bot penambang dalam kira-kira 40 minit perjalanan.
Manis Cottage mempunyai 2 rumah penginapan dan setiap rumah mempunyai 2 bilik. Satu bilik mempunyai katil bersaiz queen dan satu bilik katil bersaiz single. Korang akan rasa seakan-akan balik ke kampung dengan dekorasi klasik dan perabot kayu yang digunakan.

Kolam pula terletak di dalam rumah dan sangat private kerana korang tak perlu berkongsi. Kelengkapan pula cukup lengkap dan selesa.
Rate Satu Malam : RM170
Hubungi : 019-986 8774
Info Lanjut: Manis Cottage
6. Villa Nurrifa

Kalau korang mencari homestay dengan konsep moden yang minimalis, Villa Nurrifa pilihan yang sesuai.
Terdapat dua unit iaitu Villa Seeri yang mempunyai 2 bilik dan 2 kolam, manakala Villa Seegak pula mempunyai 3 bilik dan 1 kolam mandi. Kedua-dua unit dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap.

Suasana penginapan di sini sangat bersih dan selesa, seakan-akan berada di hotel premium. Duduk di homestay ini pun dah cukup menenangkan dan lengkap.
Rate Satu Malam : Ahad – Khamis I RM490 , Jumaat – Sabtu I RM520
Hubungi : 013-943 2256
Info Lanjut : Villa Nurrifa
7. Homestay Su Noh

Penginapan di kawasan persekitaran kampung yang tenang dan nyaman. Kalau korang inginkan homestay untuk escape daripada kesibukan kota, inilah pilihan yang sesuai.
Homestay Su Noh adalah rumah dua tingkat yang mempunyai 4 bilik, sesuai untuk korang yang mempunyai famili atau kumpulan besar sehingga 15 orang. Kelengkapan yang disediakan juga lengkap dan selesa.

Kolam mandi juga ada dan private untuk penghuni sahaja. Kawasan ini juga tak jauh daripada kawasan bandar, kira-kira 10km sahaja.
Rate Satu Malam : RM420
Hubungi : 012-969 7576
Info Lanjut : https://www.facebook.com/HomestaySuNoh/
8. Villa Padu Desa

Villa Padu mempunyai 3 cawangan homestay dengan konsep berbeza iaitu Villa Padu Desa, Villa Padu Kota, dan Villa Padu Bayu. Ketiga-tiga homestay ini menawarkan pengalaman berbeza dengan estetik yang unik.
Villa Padu Desa adalah penginapan banglo premium yang mempunyai 3 bilik dengan konsep klasik dan seni bina rumah kayu lama. Bilik pertama mempunyai katil bersaiz queen, bilik kedua mempunyai katil bersaiz queen dan sebuah katil single, dan bilik terakhir lengkap dengan 2 katil bersaiz queen dan sebuah katil single.

Makanan juga ada disediakan dengan suasana dan pemandangan yang cantik, sesuai untuk korang yang inginkan momen bulan madu yang romantik.
Rate Satu Malam : RM1700
Maksimum Pax : 12 orang
Info Lanjut : https://www.villapadu.com.my/
9. Villa Padu Kota

Kalau korang lebih menggemari suasana moden kontemporari, Villa Padu Kota amat sesuai.
Penginapan ini mempunyai 4 bilik dengan katil bersaiz queen setiap satu. Kemudahan daripada segi internet, tempat memasak, ruang tamu dan banyak lagi, semuanya tersedia. Korang hanya perlu datang untuk menikmati saat istirahat yang tenang.

Sama seperti Villa Padu Desa, makanan juga disediakan atas permintaan. Korang boleh lepak santai di ruang makan dan di kolam renang private di bahagian luar dengan pemandangan yang cantik.
Rate Satu Malam : RM1350
Maksimum Pax : 6 orang
Info Lanjut : https://www.villapadu.com.my/
10. Villa Padu Bayu

Penginapan premium dalam kelas resort yang menampilkan tarikan di negeri Terengganu dalam suasana paling selesa, tenang, dan nyaman.
Ini pilihan untuk korang jika mempunyai bajet lebih, namun unit ini dapat memuatkan sehingga 24 orang. Kalau korang merancang percutian famili satu dalam seribu, Villa Padu Bayu adalah pilihan yang sesuai.

Villa ini lengkap dengan 6 bilik dan setiap bilik dilengkapi dengan 2 katil bersaiz queen dan semuanya berpendingin hawa. Antara tarikan di sini ialah 2 ruang tamu dan 1 lounge area. Selain itu, korang mempunyai akses ke pantai private dan juga kolam renang ala-ala di resort luar negara.
Rate Dua Malam : RM9998
Maksimum Pax : 24 orang
Info Lanjut : https://www.villapadu.com.my/
Unik dan menarik homestay di Kuala Terengganu, bolehlah korang relaks dan tenangkan fikiran serta meluangkan masa bersama keluarga.
Banyak lagi family-friendly homestay di Terengganu yang korang boleh explore. Pastikan Kuala Terengganu masuk dalam Travelist korang tahun ni!
Baca Juga: