dark mode light mode Search

10 Homestay Cantik Di Cameron Highlands, View Indah Memukau!

Cameron Highlands terkenal dengan pemandangan alam yang indah. Selain destinasi dan tarikan pelancongan, banyak penginapan dan homestay cantik dengan view nature yang boleh diterokai di Cameron Highlands.

Kini, korang boleh merasai penginapan seakan-akan di taman bunga yang tenang. Dekorasi serta konsep homestay yang unik di Cameron Highlands memberikan satu pengalaman baharu apabila korang melancong ke sini.

Ini antara homestay cantik view nature yang korang boleh pilih ketika berada di Cameron Highlands:

10 Homestay Cantik Di Cameron Highlands, View Indah Memukau!

1. The Lakehouse

homestay cameron highlands
Kredit @charmainelwy via Instagram

The Lakehouse adalah penginapan popular yang terkenal dengan pemandangan berkonsepkan klasik Inggeris dan taman bunga yang indah.

Antara pilihan bilik yang ada ialah Deluxe, Junior Suite, Family Suite, Cameron Suite, dan Foster Suite. Terdapat 19 bilik di sini dengan konsep Tudor yang diinspirasikan dari Eropah.

homestay cameron highlands
Kredit @fish_shuyee via Instagram

Pengalaman menarik di sini adalah restoran dan kafe yang menyajikan makanan Barat berlatarbelakangkan pemandangan bukit menghijau, tasik, serta alam semula jadi yang damai.

Banyak aktiviti yang korang boleh lakukan seperti jungle trekking, membuat jem strawberi, piknik di padang luas, BBQ, dan banyak lagi.

Rate : RM672 – RM1288 (Mengikut Jenis Bilik)

Info Lanjut : https://lakehouse-cameron.com/

Pautan Instagram : The Lakehouse Cameron Highlands

2. The Fairy’s Cottage

Kredit @Travel Rookie via Facebook

Menariknya penginapan ini adalah dekorasi dalamannya yang sangat cantik dan juga hiasan yang memukau.

Balkoni The Fairy’s Cottage dihias seakan-akan korang bercuti di luar negara dengan pemandangan Cameron Highlands yang mengancam. Sesuai untuk aktiviti bersantai dan menghirup udara segar di luar rumah.

Kredit @Travel Rookie via Facebook

Penginapan ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air dan mampu memuatkan 6-8 orang. Antara kemudahan yang disediakan di sini ialah tv, peti sejuk, penapis air, pemanas air, induction cooker, iron, dan banyak lagi.

Namun, penginapan ini kurang sesuai untuk korang yang ingin membawa orang tua atau orang kurang upaya kerana unit ini terletak di tingkat 4 yang tidak mempunyai lif.

Rate : RM258

Info Lanjut : The Fairy’s Cottage

3. Jim Thompson Cottage

Kredit @ridzuanzainuddin via Instagram

Lokasinya yang jauh daripada kesibukkan pekan Cameron Highlands memberikan ketenangan dan suasana yang damai.

Jim Thompson Cottage mempunyai dua buah cottage iaitu The Moonlight Cottage dan The Sunlight Cottage. Selain itu, terdapat bilik The Starlight Room iaitu bilik sewaan persendirian. Bilik ini terletak di tengah-tengah antara dua cottage ini.

Kredit @darylltan via Instagram

Jim Thompson Cottage dikelilingi dengan kehijauan pokok yang segar kerana cottage ini terletak di atas bukit. Selain cottage yang bersih dan selesa, pengunjung juga boleh menikmati pemandangan indah dari atas bukit.

Rate : RM212

Hubungi : 05-491 3188

4. Heahtitude

Kredit @jr_yeo via Instagram

Penginapan berkonsepkan moden yang mempunyai sejarah dan dikelilingi suasana alam yang tenang.

Heahtitude mempunyai elemen klasik dengan dekorasi vintaj seakan-akan suasanan zaman dahulu. Terdapat 5 jenis bilik yang dapat memuatkan 2-4 orang.

Kredit @huienlow via Instagram

Jika korang merancang untuk datang dalam kumpulan yang besar ke Cameron Highlands, korang boleh menyewa keseluruhan homestay yang dapat memuatkan sehingga 14 orang.

Tarikan popular di sini ialah bilik Private Shed By The River yang menampilkan pemandangan sungai dari bilik. Korang juga akan melihat pemandangan Cameron Highlands yang menghijau serta udara segar yang sejuk.

Rate : RM300 – RM350

Info Lanjut : Heahtitude

Pautan Facebook : https://www.facebook.com/heahtitude/

5. Kem Sungai Pauh

Kredit @su_ayeenacooking via Instagram

Korang boleh merasai pengalaman camping dalam suasana nyaman serta sejuk secara semula jadi ala-ala percutian di luar negara.

Kem Sungai Pauh yang berada di bawah kelolaan Ekopelancongan Perhutanan Pahang memberikan korang pilihan baharu yang lebih dekat dengan alam semula jadi.

Kredit @cham_rizal via Instagram

Korang memerlukan kelulusan secara online melalui pautan Sistem Ekopelancongan Perhutanan Pahang. Pastikan korang menempah slot sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum kerana permintaan yang tinggi.

Tapak perkhemahan di sini dapat menampung sehingga 200 orang yang dilengkapi fasiliti seperti surau, tandas, tempat letak kenderaan, pondok, dan plag soket.

Terdapat lokasi berkayu dan bertanah untuk memasang khemah dan spot adalah berdasarkan first-come, first-serve. Terdapat juga sungai di kawasan berdekatan yang boleh korang nikmati.

Tiket Masuk : Dewasa RM3 I Kanak-Kanak RM1.50

Sewa Tapak 1 Malam : RM10

Caj Letak Kereta : RM3

Info Sewaan : Forestry Pahang Ekorimba

Info Lanjut : https://www.forestry.gov.my/my/pahang/taman-eko-rimba-sungai-pauh

6. A’moss Farmstay

Kredit @xenonese_ via Instagram

Selain camping, Cameron Highlands juga mempunyai tarikan glamping yang menarik. Uniknya A’moss Farmstay ini adalah lokasinya yang terletak di tengah-tengah kebun sayur.

Penginapan di sini terhad kepada 3 dome khemah sahaja, namun akan ditambah dengan crystal dome pada masa akan datang. Khemah di sini terletak di tepi bukit, jadi korang akan melihat kehijauan ladang di Cameron Highlands.

Kredit @idie1009 via Instagram

Di sini, makanan tidak disediakan kerana kebanyakan pelawat lebih gemar memasak serta mengadakan BBQ apabila berkhemah. Namun, pantry dengan alatan lengkap untuk memasak ada disediakan.

Korang boleh bergambar di spot bunga-bungaan, berbasikal, dan bersantai di sini. Lokasi ini mempunyai liputan talian telefon yang baik, namun jalan untuk ke sini agak sempit dan mencabar.

Rate : RM285

Info Tempahan : https://www.amossfarmstay.com/book-a-room

Info Lanjut : https://www.amossfarmstay.com/

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/amoss_farmstay/

7. Kea Garden Guest House

Kredit @shahrizal_mohdsalleh via Instagram

Penginapan di lokasi popular iaitu Kea Farm dengan unit yang unik serta pemandangan menarik. Paling penting adalah lokasinya yang dekat dengan pelbagai tarikan.

Kea Garden Guest House mempunyai 8 pilihan bilik yang dapat memuatkan 2-5 orang. Pilihan bilik popular adalah yang mempunyai balkoni. Buka sahaja pintu terus nampak taman bunga, kedai, tempat bergambar, dan macam-macam tarikan.

homestay cameron highlands
Kredit @munirahghazvin via Instagram

Pilihan mesra bajet pun ada iaitu Kea Garden Mini Chalet yang mempunyai katil muat untuk 2 orang. Pengalaman bermalam di chalet ini seakan-akan korang berkhemah, tetapi di lokasi yang lebih moden.

Kea Garden Guest House ini terletak betul-betul di belakang Pasar Kea Farm. Tarikan berdekatan seperti Sheep Santuary dan Muzium 5D. Selain itu, korang tak perlu bersesak mencari parking untuk menikmati pengalaman beli-belah di Kea Farm.

Rate : Guest House RM124 – RM225 I Chalet RM72 – RM90

Info Lanjut : https://keagarden.com/index.php

Pautan Facebook : https://www.facebook.com/keagardenguesthouse/

8. Ten Mentigi

homestay cameron highlands
Kredit @10mentigi via Instagram

Penginapan moden dalam suasana tenang dikelilingi alam semula jadi. Bilik yang berkonsepkan moden dan minimalis dengan dekorasi minimal menjadi simbol ikonik di sini.

Antara pilihan bilik yang ditawarkan ialah Twin Room, King Room, dan Loft with Terrace. Kemudahan yang disediakan adalah lengkap dengan kondisi bilik yang luas serta selesa.

homestay cameron highlands
Kredit @10mentigi via Instagram

Pilihan bilik adalah berbeza dan ada daripadanya mempunyai balkoni dan teres untuk korang menikmati suasana nyaman dan pemandangan Cameron Highlands yang tenang.

Suasana di sini juga indah serta mempunyai estetik yang sesuai untuk korang yang suka bergambar. Pada sebelah malam pula, juraian lampu-lampu menyerlahkan pemandangan yang magical.

Rate : RM310 – RM430 (Mengikut Jenis Bilik)

Info Lanjut : https://www.facebook.com/10mentigi

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/10mentigi/

9. The Backyard Glamping

Lokasi glamping dalam suasana santai dengan pemandangan ladang sayur dan juga alam sekitar yang menghijau.

Khemah yang disediakan adalah terhad, salah satunya khemah kecil untuk 2 orang dan khemah besar yang mempunyai 1 katil queen serta 1 katil single.

Kemudahan di sini lengkap seperti tandas dan bilik mandi yang mempunyai water heater, dapur dan sinki, serta plag soket. Akses Netflix juga ada disediakan untuk khemah Family & Couple. Tempat letak kereta ada disediakan, dan spot BBQ boleh digunakan. Korang juga boleh memetik sayur di sini.

The Backyard Glamping ini terletak betul-betul di belakang rumah pemiliknya, jadi aspek keselamatan amatlah dijaga. Selain pakej steamboat dan BBQ, lokasi ini adalah berdekatan Taman Sedia yang dekat dengan seleksi kedai makan.

Rate : RM170 – RM380

Hubungi : 011-2884 1886

Info Lanjut : The Backyard Glamping Cameron Highlands

10. Stellar GoldenHill Cameron

homestay cameron highlands
Kredit @stellargoldenhill via Instagram

Kalau korang inginkan pengalaman yang lebih santai serta estetik, Stellar GoldenHill adalah lokasi terbaik.

Istimewanya di sini, mereka menyediakan penginapan unik seperti Caravan, Cottage Tent, Starlux iaitu penginapan glamping dengan pemandangan yang mengancam, dan banyak lagi.

homestay cameron highlands
Kredit @stellargoldenhill via Instagram

Mungkin korang dah banyak kali singgah ke Cameron Highlands dan mencari pengalaman baharu, jadi inilah tempatnya. Kawasannya yang bersih, lapang, dengan estetik rona pastel membuatkan seakan-akan korang terasa dekat dengan alam.

Korang tak perlu risau daripada segi fasiliti kerana semuanya serba lengkap di sini dan rata-rata pengunjung yang pernah ke sini memberikan review terbaik terhadap servis yang diterima.

Rate : RM160 – RM1088

Info Harga Penginapan : Stellar GoldenHill

Info Lanjut : https://stellargoldenhill.com/

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/stellargoldenhill/

Cameron Highlands bukan sahaja destinasi yang cantik dengan pemandangan alam, malah popular dengan tarikan menarik seperti membeli-belah dan kafe. Kalau korang inginkan getaway yang menenangkan, Cameron Highlands wajib masuk dalam Travelist penginapan cantik view nature korang.

Baca Juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *