dark mode light mode Search

Day-Trip Menerokai Fraser’s Hill, Kota ‘Little England’ di Malaysia

Lokasi penuh sejarah ini kaya dengan tarikan alam semula jadi yang ramai terlepas pandang. Kalau korang mencari destinasi short getaway daripada hiruk-pikuk bandar, korang boleh rancang day-trip menerokai Fraser’s Hill, kota ‘Little England’ di Malaysia.

Selain cuaca dan suasana yang sejuk mirip Cameron Highlands dan Genting Highlands, Bukit Fraser juga mempunyai hidden gems yang berbaloi untuk dilawati.

Ini antara destinasi yang korang boleh pergi untuk day-trip menerokai Fraser’s Hill yang pasti korang suka:

Day-Trip Menerokai Fraser’s Hill, Kota ‘Little England’ di Malaysia

1. Menara Jam Bukit Fraser

Fraser's Hill
Kredit @rosli_rk via Instagram

Lokasi ikonik Bukit Fraser yang menjadi destinasi wajib bagi pengunjung yang datang ke sini. Estetik seni bina menara jam ini adalah daripada konsep mock tudor ataupun tudor revival, iaitu seni bina daripada UK pada abad ke-19.

Perkara menarik tentang jam ini ialah ketahanannya yang masih dapat berfungsi walaupun dilitupi pokok menjalar di bahagian luarannya.

Fraser's Hill
Kredit @ahmadlutfi_allinggi via Instagram

Dibina pada tahun 1989, sehingga kini menara jam Bukit Fraser berdiri kukuh di tengah-tengah bandar Bukit Fraser seakan-akan landmark untuk menyambut kedatangan pengunjung ke sini.

2. The Paddock

tempat menarik fraser's hill
Kredit @shamroslee via Instagram

Bukit Fraser terkenal sebagai tempat peninggalan pengaruh British dan salah satu kesan peninggalan yang masih hidup di sini adalah menunggang kuda.

Di sini, korang boleh bersantai dengan rakan dan famili sambil menunggang kuda dalam suasana nyaman yang dikelilingi pohon menghijau. Korang akan diselia dan dipantau rapi oleh jurulatih profesional, jadi tak perlu risau mengenai keselamatan.

tempat menarik fraser's hill
Kredit @wanateerah via Instagram

Selain berkuda, ada juga aktiviti memanah, belajar menggunakan sumpit, ataupun beriadah di kawasan ini yang dikelilingi pohon konifer yang sangat estetik untuk bergambar.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 8.30 pagi – 6.30 petang

Bayaran Menunggang Kuda : Dewasa RM10 I Kanak-Kanak RM8

Bayaran Memanah : RM10 seorang (10 anak panah)

Hubungi : 09-3622195 / 09-3622007

3. Allan’s Water

tempat menarik fraser's hill
Kredit @kk_s.t.u.d.i.o via Instagram

Kalau korang gemarkan suasana nature yang tenang, Allan’s Water lokasi terbaik untuk momen healing dengan panorama hijau pohon serta tasik yang damai.

Allan’s Water dahulunya sebuah empangan kecil yang menyalurkan air di fasiliti sekitar Bukit Fraser pada zaman kolonial, kini menjadi pusat rekreasi yang menarik. Korang boleh mengayuh bot, bermain bola air, dan memberi makan kepada ikan.

tempat menarik fraser's hill
Kredit @sherielaizan via Instagram

Korang juga boleh bersantai di gazebo yang disediakan sambil bergambar dan melihat ikan koi di tasik. Kalau korang bernasib baik, korang dapat melihat hidupan liar seperti monyet, tupai, rama-rama, dan migratory bird pada musim tertentu.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 9.30 pagi – 4.30 petang

Bayaran Aktiviti : Bot Kayuh RM8 I Bola Air RM15

4. Taman Awam Bukit Fraser

tempat menarik fraser's hill
Kredit @amchenyunhee via Instagram

Lokasi rekreasi yang tenang dan nyaman, sesuai untuk korang yang suka berjalan-jalan mengambil angin sambil menikmati pemandangan bunga-bungaan serta pohon-pohon yang mendamaikan.

Selain menikmati landskap, korang juga boleh luangkan masa dengan anak-anak di taman permainan dan golf mini yang ada disediakan.

tempat menarik fraser's hill
Kredit @izzat_syahmi_ via Instagram

Keadaan di sini cukup meriah pada hujung minggu dengan gerai-gerai serta medan selera yang terletak bersebelahan, kedai runcit dan kedai cenderamata.

Waktu Operasi : Setiap Hari

Tiket Masuk : Percuma

Bayaran Golf Mini : Dewasa RM8 I Kanak-Kanak RM6

5. Pejabat Pos Malaysia

tempat menarik fraser's hill
Kredit @adzmierz via Instagram

Lokasi wajib untuk korang yang suka bergambar. Bangunan pejabat pos di sini berkonsepkan tudor yang memberikan suasana seakan-akan berada di England.

Walaupun lokasi ini hanyalah bangunan untuk servis penghantaran, seni bina serta rupa klasiknya menarik ramai untuk singgah dan bergambar. Malah destinasi ini pernah menjadi viral di media sosial dan kini menjadi lokasi ikonik di Bukit Fraser.

Kredit @ililiyanamokh via Instagram

Selain pejabat pos, bangunan balai polis dan klinik berdekatan juga menampilkan ciri estetik yang sama. Tak hairanlah Bukit Fraser digelar Little England di Malaysia.

6. GlassHouse Fraser’s Hill

tempat menarik fraser's hill
Kredit @parrfaiq via Instagram

Kafe dengan estetik putih dan cermin kaca transparent yang menyajikan aneka kopi dan kek. Kalau korang meminati sukulen dan kaktus, ini destinasi yang menarik untuk dilawati.

Antara seleksi kek yang popular di sini ialah Black Forest, Lemon Poppy, Pandan Gula Melaka, dan banyak lagi. Memandangkan cuaca di sini agak sejuk, jadi amat sesuai dipadankan dengan minuman panas.

tempat menarik fraser's hill
Kredit @parrfaiq via Instagram

Tempat duduk di bahagian dalam bangunan adalah terhad dan jika korang datang pada hujung minggu, pasti akan penuh dengan pelanggan. Namun, korang tak perlu risau kerana masih ada tempat duduk di bahagian luar dengan suasana alam yang menghijau.

Waktu Operasi : Setiap Hari kecual Selasa & Rabu I 10.00 pagi – 6.00 petang

Info Lanjut : GlassHouse Fraser’s Hill

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/glasshousefrasers/

7. Hemmant Trail

Selain melihat seni bina, korang juga boleh mencuba aktiviti jungle trekking di Bukit Fraser. Trek di sini agak mudah dan santai, hanya 1km jarak perjalanan mengelilingi kelab golf.

Laluan Hemmant bermula di kawasan berumput, belakang kawasan masjid di Jalan Genting bertentangan laluan Abu Suradi. Di hujung jalan, korang akan keluar di jalan berturap yang bercabang menuju ke arah Banglo Glen dan Kotej Muar.

tempat menarik fraser's hill
Kredit @syahirahstargazer via Instagram

Korang akan merasai pengalaman magical dan mystical merentasi trail hutan di sini. Banyak spesis flora dan cendawan yang korang akan lihat. Namun, dinasihatkan untuk memakai pakaian yang bersesuaian terutama kasut dan seluar panjang kerana trek di sini adalah tanah berlumpur dan mempunyai pacat.

Waktu Operasi : Setiap Hari

Bayaran Masuk : Percuma

Banyak tarikan di Bukit Fraser yang boleh dilawati walaupun singgah untuk short getaway. Korang pasti akan jatuh cinta dengan suasana nyaman dan kedamaian alam semula jadi Bukit Fraser selepas lawatan day-trip menerokai Fraser’s Hill. Jom masukkan dalam Travelist seterusnya!

Baca Juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *