dark mode light mode Search

10 Destinasi Kids-Friendly di Selangor, Tempat Menarik Untuk Anak-Anak

Tak kiralah musim cuti sekolah mahupun hujung minggu, momen terbaik setiap ibu bapa adalah meluangkan masa bersama anak-anak. Kalau korang dah kekeringan idea, ini antara destinasi kids-friendly di Selangor yang awesome.

Banyak lokasi menarik dengan tarikan serta aktiviti menyeronokkan yang ada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Paling penting, tempat tersebut adalah mesra keluarga terutamanya untuk kanak-kanak.

Ini antara destinasi kids-friendly di Selangor yang korang boleh terokai seisi keluarga :

10 Destinasi Kids-Friendly di Selangor, Tempat Menarik Untuk Anak-Anak

1. Farm In The City

destinasi kids-friendly di selangor
Kredit @redzlin via Instagram

Farm In The City terletak di Seri Kembangan, kira-kira 25 minit dari Kuala Lumpur. Menariknya di sini, konsep petting zoo ini bertemakan suasana kampung yang membolehkan pengunjung melihat dan berinteraksi dengan haiwan dengan lebih dekat.

Korang boleh melihat lebih 100 jenis haiwan seperti alpaca, kambing, arnab, burung, musang, kura-kura, dan banyak lagi. Tarikan di sini terbahagi kepada 8 iaitu Free-flight Bird Aviary, Reptile Cavern, Moods Lake, Pets Village, Longkang Fishing, Jungle Walk, Fruit Orchard, dan Vegetable Farm.

destinasi kids-friendly di selangor
Kredit @josiahcyclist via Instagram

Memandangkan Farm In The City mengaplikasikan elemen hiburan dan pembelajaran, penjaga zoo di sini akan memberi pendedahan mendalam tentang haiwan yang terdapat di sini. Sambil berseronok, anak-anak dapat belajar tentang haiwan dan persekitarannya.

Selain itu, Farm In The City juga fokus kepada usaha penyelidikan, pembelajaran, serta konservasi haiwan-haiwan yang ada untuk memastikan kelestarian alam yang seimbang.

Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Selasa I 10.00 pagi – 6.00 petang Sabtu & Ahad I 9.30 pagi – 6.00 petang

Tiket Masuk : Dewasa RM39 I Kanak-Kanak RM32

Info Lanjut : https://www.farminthecity.my/

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/FarmInTheCityMalaysia/

2. i-City Shah Alam

destinasi kids-friendly di selangor
Kredit @journeyeika via Instagram

Terkenal sebagai hub pelancongan popular di Selangor, i-City ialah syurga pusat gaya hidup yang mempunyai kediaman, pusat beli-belah, pejabat, hotel, taman tema, dan pusat inovasi.

Tarikan menarik untuk kanak-kanak tentulah di i-City Theme Park, yang mempunyai pelbagai aktiviti menyeronokkan serta tempat bergambar yang cantik.

destinasi kids-friendly di selangor
Kredit @najihahsaberi via Instagram

City of Digital Light popular dan ikonik dengan tarikan berlampu LED pada semua arca, pameran, dan permainan. Konsep di sini ialah hutan cahaya dengan lebih 1 juta lampu LED.

Selain itu, korang boleh terokai WaterWorld iaitu taman tema air dengan pelbagai tarikan gelongsor, SnoWorld yang seakan-akan alam ais fantasi, serta FunWorld yang mempunyai tarikan spesifik untuk kanak-kanak iaitu Itsy Bitsy.

Waktu Operasi : Setiap Hari I 5.30 petang – 12.00 tengah malam

Tiket Masuk : Percuma (Bayaran asing dikenakan untuk setiap tarikan)

Info Lanjut : Tarikan Menarik i-City Shah Alam, Port Bercuti Best All-In-One di Selangor

Pautan Facebook : https://www.facebook.com/icitymy/

3. Taman Haiwan, Taman Botani Negeri Shah Alam

destinasi kids-friendly di selangor
Kredit @ammarluthfiasmui via Instagram

Taman Haiwan adalah antara tarikan menarik di Taman Botani Negeri Shah Alam (TBNSA). Keluasan TBNSA adalah 817 hektar dan mengambil masa lebih kurang sejam dari ibu kota melalui Lebuhraya Persekutuan.

Konsep di TBNSA adalah taman pertanian yang menggabungkan elemen konservasi, tradisi, hiburan, pendidikan dan penyelidikan. Taman Haiwan berkeluasan 72 hektar menempatkan haiwan jinak seperti kambing, lembu, ayam, burung-burung eksotik, rusa dan banyak lagi.

destinasi kids-friendly di selangor
Kredit @iqmalshafiq93 via Instagram

Haiwan-haiwan ini diternak atas dasar penyelidikan. Namun, korang masih dapat berinteraksi dengan haiwan-haiwan ini. Sambil melihat, korang boleh belajar dan bergambar sakan.

Selain Taman Haiwan, di TBNSA terdapat juga Taman 4 Musim, Taman Herba, Taman Kaktus, Taman Buah, lokasi memancing, tapak berkhemah, dan aktiviti lasak seperti paintball dan kayak.

Waktu Operasi Taman Haiwan : Setiap Hari kecuali Isnin I 7.30 pagi – 4.30 petang

Tiket Masuk : TBNSA – Dewasa RM3 I Kanak-Kanak RM1

Info Lanjut : http://www.tbnsa.gov.my/web/guest/

Pautan Instagram : TBNSA

4. Bangi Wonderland

destinasi kids-friendly di selangor
Kredit @iamjevitha via Instagram

Destinasi ini adalah pilihan terbaik jika korang mencari taman tema air yang mesra bajet dan sesuai untuk keluarga yang besar.

Bangi Wonderland mempunyai pelbagai jenis gelongsor air yang menyeronokkan seperti Anaconda Trail, Spiralax, beberapa Body Slides dan juga gelongsor air yang mendebarkan jantung seperti Magic Funnel, The Fall, Green Pearl, Wonder Loop, dan Boomeriang.

destinasi kids-friendly di selangor
Kredit @fikrasgram via Instagram

Istimewanya di sini ialah tarikan Water Cannon Ride, iaitu pancuran air yang besar dari meriam yang akan menolak korang ke udara, dan jatuh ke dalam kolam dengan percikan besar!

Manakala bagi kanak-kanak pastinya akan menikmati di Kids Adventure yang lengkap dengan pelbagai permainan dan gelongsor. Paling seronok dan nostalgik ialah baldi air besar yang jatuh dengan percikan air deras.

Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Selasa (Kecuali cuti sekolah dan cuti umum) I 11.00 pagi – 6.00 petang

Tiket Masuk : Dewasa RM55 I Kanak-Kanak RM45

Info Lanjut : https://www.bangiwonderland.com.my/

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/officialbangiwonderland/

5. G2G Animal Garden

destinasi kids-friendly di selangor
Kredit @intansyafira via Instagram

G2G Animal Garden ialah zoo haiwan peliharaan di MAEPS Serdang yang mesra keluarga dan sesuai untuk pencinta haiwan, keluarga dan individu yang ingin berinteraksi dengan haiwan.

Tarikan di sini termasuk Cat House, Animal Therapy House, Bird Aviary, Rabbit Garden, Reptile House, Tortoise Garden, Fishing Boats, Kampung Pets, dan Pony Joyride.

Kredit @g2ganimalgarden via Instagram

Korang boleh melihat dan berinteraksi dengan haiwan-haiwan jinak serta haiwan eksotik seperti rakun, marmoset, rusa, burung kakak tua, serta banyak lagi.

Selain itu, korang boleh mengambil bahagian dalam program adoption haiwan-haiwan yang ada di sini. Korang akan diberikan sijil, pengiktirafan di laman media sosial G2G Animal Garden, dan tiket masuk percuma.

Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Selasa I 10.00 pagi – 6.00 petang

Tiket Masuk : Dewasa RM29 I Kanak-Kanak RM24

Info Lanjut : https://www.g2ganimalgarden.com/

Pautan Facebook : https://www.facebook.com/G2GAnimalGardenOfficial

6. Amverton Cove

Kredit @amvertoncove via Instagram

Satu lagi tarikan baharu di Pulau Carey yang korang wajib lawati ialah Amverton Cove Golf Island & Resort. Di sini, terdapat taman tema Riverine Survival Park dan Riverine Splash.

Riverine Survival Park adalah taman yang dibina di tengah-tengah gugusan pokok beringin. Antara tarikan menarik di sini ialah Garden Maze, Flying Fox, rumah pokok, skuter elektrik, dan banyak lagi.

Kredit @amvertoncove via Instagram

Riverine Splash pula ialah taman tema air berkonsepkan kaum orang asli yang terkenal di kawasan Pulau Carey. Terdapat lebih 12 tarikan termasuk gelongsor air seperti Boa dan Anaconda Tube.

Selain itu, terdapat juga Animal Island yang sesuai untuk eksplorasi sekeluarga. Aktiviti lasak seperti memanah, menaiki bot, ATV untuk kanak-kanak dan dewasa, kayak, paintball, dan gokart juga ada ditawarkan.

Waktu Operasi : Riverine Splash I Setiap Hari kecuali Selasa I 10.00 pagi – 6.00 petang I Riverine Survival Park I Setiap Hari I 10.00 pagi – 6.00 petang

Tiket Masuk : Riverine Splash I Dewasa RM58 I Kanak-Kanak RM38 Riverine Survival Park I Dewasa RM30 I Kanak-Kanak RM20

Info Lanjut : https://www.amvertoncove.com/theme-park/

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/amvertoncove/

7. Hussin Fauzi Farm

Kredit @nailah_el.aziz via Instagram

Hussin Fauzi Farm ialah taman haiwan yang terletak di kawasan Kuala Selangor. Di sini, anak-anak boleh bersuka ria menaiki pelbagai tarikan dan melihat haiwan ternakan.

Haiwan-haiwan yang ada di sini termasuk ikan, reptilia, ayam, burung, burung unta, rusa, kuda, lembu, arnab, kambing dan kerbau. Korang boleh memberi makan dan memegang haiwan dengan lebih dekat.

Kredit @nailah_el.aziz via Instagram

Selain itu, terdapat juga aktiviti seperti menunggang kuda, memanah, menaiki trem warna-warni, menaiki ATV, serta banyak lagi. Kawasannya cukup luas untuk korang terokai seisi keluarga.

Kemudahan seperti tandas, taman permainan mini, gerai jualan, ruang makan, serta masjid ada disediakan. Hussin Fauzi Farm sememangnya destinasi kids-friendly di Selangor yang wajib korang kunjungi.

Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Selasa I 10.00 pagi – 6.00 petang

Tiket Masuk : RM7

Info Lanjut : Hussin Fauzi Farm – Taman Haiwan

8. Pusat Sains Negara

destinasi kids-friendly di selangor
Kredit @tian_qii via Instagram

Pusat Sains Negara ialah destinasi terbaik jika korang mahukan pengalaman berhibur sambil belajar bersama anak-anak kecil. Malah, kanak-kanak besar dan orang dewasa juga boleh berseronok di sini.

Tarikan di sini terbahagi kepada 3 iaitu tarikan indoor, tarikan bertema, dan tarikan outdoor. Di ruangan dalam terdapat akuarium ikan marin, Galeri Wonderspark, Galeri Eureka, Kid’s Discovery Place, Peneroka Comel, Kid’s World, Alam Sains, I-Rays, dan Galeri Penerbangan.

destinasi kids-friendly di selangor
Kredit @psn.gov.my

Di tarikan bertema pula, terdapat Dinosaur Encounter dan Galeri Obskura XR. Pameran outdoor pula mempunyai Water Plaza, Taman Herba, Zon Interaktif, Pocket Garden, Focal Point, Garden of Nature, Taman Prasejarah, dan Laluan Interaktif.

Sesetengah pameran dan tarikan memerlukan korang untuk membayar asing daripada tiket masuk. Namun, pameran sedia ada boleh dikatakan cukup untuk anak-anak korang berhibur dan bermain sakan.

Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Jumaat I 9.00 pagi – 5.00 petang

Tiket Masuk : Dewasa RM6 I Kanak-Kanak RM3

Info Lanjut : https://www.psn.gov.my/

Pautan Facebook : https://www.facebook.com/PusatSainsNegara

9. Discovery Park, Gamuda Cove

Kredit @gamudacove via Instagram

Gamuda Cove kini menampilkan tarikan baharu iaitu Splash Mania yang merupakan taman tema air dengan pelbagai gelongsor air unik dan menarik.

Selain taman tema air, di Gamuda Cove korang boleh terokai  Discovery Park yang mempunyai aerobar pertama di Asia Tenggara. Korang boleh layan suasana dan pemandangan dari atas iaitu 35 meter tinggi di platform yang berpusing sambil makan dan minum.

Kredit @discoveryparkmalaysia via Instagram

Kalau korang mencari aktiviti yang lebih lasak tapi masih boleh dinikmati oleh anak-anak, korang boleh cuba Goosebump Rope Course. Terdapat 57 elemen dan rintangan di sini dan 11 elemen dikhaskan untuk kanak-kanak.

Jika korang mahukan pengalaman yang lebih santai, bolehlah terokai Paya Indah Wetlands. Korang boleh bersiar-siar, berbasikal, berkayak, dan memancing di sini. Paling menarik ialah tarikan kolam buaya dan kawasan badak air.

Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Selasa I 12.00 tengah hari – 8.00 malam

Tiket Masuk : Rujuk pautan rasmi Discovery Park, Gamuda Cove

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/glplay.my/

10. Sunway Lagoon

Kredit @sunwaylagoonmalaysia via Instagram

Sunway Lagoon ialah taman tema paling popular di Malaysia yang berkeluasan 88 ekar. Terkenal dengan tarikan kering dan basah yang banyak, tak cukup satu hari untuk menerokai seluruh tempat ini.

Tarikan di Sunway Lagoon terbahagi kepada enam jenis iaitu Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park & Nickelodeon Lost Lagoon.

Kredit @sunwaylagoonmalaysia via Instagram

Paling popular ialah Amusement Park dan Water Park yang menempatkan tarikan seperti roller-coaster, pirate ship, Fun World, Vuvuzela, Little Zimbabwe, Waterplexx 5D, dan banyak lagi.

Kalau tak cukup berseronok pada waktu siang, korang boleh cuba Night Park yang bertemakan koboi. Banyak persembahan menarik dengan konsep ‘The Good, The Bad, and The Wild’, pasti anak-anak korang akan berpuas hati layan show di sini.

Waktu Operasi : Setiap Hari kecuali Selasa I 10.00 pagi – 6.00 petang Night Park I 6.00 petang – 11.00 malam

Tiket Masuk : Sunway Lagoon – Dewasa RM160 I Kanak-Kanak RM135 Night Park – Dewasa RM60 I Kanak-Kanak RM55

Info Lanjut : https://sunwaylagoon.com/

Pautan Instagram : https://www.instagram.com/sunwaylagoonmalaysia/

Banyak tarikan menarik di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang menjanjikan pengalaman terbaik untuk seisi famili, lebih-lebih lagi untuk golongan kanak-kanak.

Jom terokai destinasi kids-friendly di Selangor dalam jelajah Travelist seterusnya.

Baca Juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *